FacebookInstagramTwitterContact

 

Selection of Village Head Candidate           >>           Alex Morgan Out Injured For San Diego With Olympics Looming           >>           'Sikal Syawal' Event           >>           Consumer Price Index, March 2024           >>           FIFA Seals Closer Saudi Ties With World Cup Aramco Deal           >>           Official Visit to the Kingdom of Thailand           >>           RBPRC Monthly Polo Tournament 2024           >>           China's Tiangong Space Station Damaged By Debris Strike: Report           >>           Wacom's first OLED pen display is also the thinnest and lightest it has ever made           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat Berkenan Menyaksikan Perlawanan Persahabatan Pertukaran Badminton Brunei - Jepun


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan Perlawanan Persahabatan Pertukaran Badminton Brunei - Jepun. Berangkat sama ialah anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah. | FOTO : PELITA BRUNEI (Masri Osman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali )

 


 October 27th, 2016  |  11:16 AM  |   1552 views

BERAKAS

 

Rabu, 26 Oktober. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan Perlawanan Persahabatan Pertukaran Badminton Brunei - Jepun sempena Memperingati Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah.

 

Berangkat sama menyaksikan perlawanan tersebut ialah anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.

 

261016 AMIRUL1 BADMINTON

PERLAWANAN Perseorangan Lelaki di antara peserta badminton negara, Syazani Aiman dengan pemain Jepun, Yu Igarashi.

 

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Awang Haji Zafri bin Haji Mohamed serta Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki.

 

Perlawanan pertama menyaksikan persaingan antara Awang Muhd. Syazani Aiman bin Adnan dan Yu Igarashi dalam Kategori Perseorangan Lelaki di mana Yu Igarashi memenangi kategori tersebut dengan kiraan mata 7 - 21, 8 - 21.

 

261016 AMIRUL2 BADMINTON

 

PEMAIN badminton negara, Noomekna Rainah Haji Roshin dan Amalina Aliah Haji Gapor semasa memberikan saingan kepada pemain Jepun, Miyuki Kato dan Miki Kashihara dalam Kategori Bergu Wanita.

 

Manakala, Kategori Bergu Wanita berjaya dimenangi oleh pasangan Miyuki Kato dan Miki Kashihara setelah berjaya menumpaskan pasangan Dayang Noornekma Rainah binti Haji Rosley dan Dayang Amalina Aliah binti Haji Gapor dengan mata 10 - 21, 8 - 21.

 

Sementara itu bagi Kategori Beregu Lelaki kombinasi kedua buah negara, pasangan Awang Abdul Raiaiman dan Sho Sasaki kalah 9 - 11, 11 - 7 kepada pasangan Awang Ahmad Mahyuddin bin Haji Abas dan Kenya Mitsuhashi.

 

261016 AMIRUL3 BADMINTON

AKSI Bergu Campur Lelaki di antara pemain Negara dan pemain Jepun.

 

Perlawanan anjuran Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama KKBS itu menampilkan pemain-pemain kebangsaan Persatuan Badminton Nippon yang bertemu dengan pemain-pemain kebangsaan Persatuan Badminton Brunei.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54