FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


MC Biotech Perintis Kepada Bioteknologi Baru


MENTERI Tenaga dan Industri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar memotong reben bagi merasmikan MC Biotech Sinar Suria Bio Centre. |FOTO : PELITA BRUNEI (Hernie Suliana Haji Othman )

 


 October 27th, 2016  |  11:04 AM  |   1637 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 26 Oktober. - MC Biotech Sinar Suria Bio Center yang merupakan anak syarikat Mistubishi Corporation dan Nissui dirasmikan oleh Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.

 

Majlis Pembukaan rasmi syarikat yang baru itu berlangsung di Bio Innovation Corridor, Jalan Dang Kumala, Kampung Tungku.

 

Mistubishi Corporation telahpun terlibat dalam projek-projek di negara ini sejak tahun 1960-an.

 

Terdahulu sebelum itu, Pengarah MC Biotech, Yuki Kaneda dalam ucapan alu-aluannya berkata MC Biotech adalah merupakan kemudahan bioteknologi komersial yang pertama di Brunei.

 

261016 HERNIE1 SSBC

 

UCAPAN alu-aluan diari  Pengarah Eksekutif MC Biotech Mr Kaneda Yuki.

 

Mistubishi Corporation terangnya, berhasrat untuk berkembang maju di dalam pelbagai industri terutamanya dalam industri Life-Science selaras dengan hasrat kerajaan Brunei.

 

Menurut beliau, projek ini telah melalui perjalanan yang panjang bermula dari akhir tahun 2011 sejak lawatan pertama delegasi Mistubishi Corporation ke tapak berpotensi di negara ini dengan sokongan padu daripada Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP); Lembaga KemajuanEkonomi Brunei (LKEB); Bahagian Pembangunan Industri Halal Global; Enterprise Industrial Site Management the FDI unit; Nissui dan Biogenic serta Jabatan Tenaga di JPM.

 

Peranan dan misi MC Biotech ujarnya, adalah untuk menghasilkan Astaxanthin semulajadi dari penanaman alga.

 

"Astaxanthin adalah pigmen merah yang berlaku secara semula jadi, kaya dengan antioksidan yang bermanfaat dalam antipenuaan manusia. Ianya adalah bahan neutraseutikal yang sangat berharga, sering digunakan sebagai bahan minuman sihat, makanan tambahan kesihatan serta produk kosmetik.

Walaupun ini adalah langkah kecil, saya berharap agar MC Biotech boleh menjadi perintis kepada bioteknologi baru dan industri Life-Science di Brunei selain mewujudkan peluang pekerjaan, latihan dan peluang penyelidikan dan akhirnya menembusi pasaran halal global.

261016 HERNIE5 SSBC

 

MENTERI Tenaga dan Industri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar mendengar  penerangan ringkas mengenai pembiakan microalgae dalam menghasilkan "astaxanthin".

 

Juga hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun, Puan Yang Terutama Iki San.

 

Sementara itu, Awangku Md. Hafiz Radzuan bin Pengiran Jamaludin dan Abdul Wafiy bin Haji Omarali, bekas pelajar Sekolah Vokasional Wasan dalam jurusan Diploma Kebangsaan Perikanan ketika ditemui berkata, mereka sangat bersyukur apabila pihak sekolah menghubungi mereka untuk tawaran bekerja di MC Biotech.

 

261016 HERNIE7 SSBC

 

PELATIH berlatar belakangkan bidang Perikanan Awangku Md Hafiz Radzuan bin Pengiran Jamaludin menceritakan pengalaman beliau bekerja di MC Biotech Sinar Suria Bio Center kepada Pelita Brunei.

 

"MC Biotech telah menghubungi pihak sekolah untuk menawarkan pekerjaan kepada kami. Ini adalah merupakan satu peluang yang sangat baik dan beharga bagi diri kami, lebih-lebih lagi pada ketika ini bukan mudah untuk mencari pekerjaan.


Kami berharap MC Biotech akan terus berkembang maju di pasaran global supaya dapat mewujudkan lebih banyak pekerjaan bagi anak-anak tempatan seterusnya dapat lagi mempelbagaikan ekonomi negara," terang mereka.

 

261016 HERNIE10 SSBC

 

ANTARA produk kesihatan dan suplemen yang dihasilkan dari "astaxanthin" yang terdapat di luar negara.

 

Perkara yang sama turut disuarakan oleh Zainul Fathi bin Wahid yang bertugas sebagai Operator Post Harvest Room.

 

Dengan kemudahan yang ada ini menurutnya, diharap akan menyumbang kepada kepelbagaian ekonomi negara selain menjana peluang-peluang pembangunan pekerjaan dan perniagaan tempatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19