FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program Khidmat Masyarakat Wadah Tanggungjawab Sosial


PENOLONG Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Amir Hisyam hadir pada majlis tersebut. |FOTO : PELITA BRUNEI (Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali )

 


 October 26th, 2016  |  10:38 AM  |   1144 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 25 Oktober. - Program Khidmat Masyarakat bersama Kumpulan Belia Syababurroja dan Kumpulan Muslimah Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah mendapat sambutan di luar jangkaan dari pelbagai pihak.

 

Bermula 25 September hingga 4 Oktober yang lalu, program berkenaan telah menerima sumbangan yang mengalakkan berupa pakaian, makanan asasi dan sebagainya dari orang orang ramai termasuk syarikat-syarikat, jabatan-jabatan kerajaan dan persatuan-persatuan.

 

Sehubungan dengan itu, Majlis penyampaian sumbangan melalui program tersebut telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Amir Hisyam bin Haji Masri kepada 50 ketua keluarga kurang berkemampuan pada majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

 

25102016 MASMALEH KHDMT MASYARAKAT 1

 

PENOLONG Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Amir Hisyam bin Haji Masri (kiri) menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat di negara ini.

 

Pengerusi Khidmat Masyarakat bersama Kumpulan Belia Syababurroja dan Kumpulan Muslimah Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Awang Haji Haris bin Haji Suboh menjelaskan program yang buat julung-julung kalinya diadakan itu, diharap akan dapat membentuk keperibadian belia dan beliawanis serta muslimah masjid agar lebih cenderung untuk mendekatkan diri dengan masjid dan sama-sama bergiat dalam mengimarahkan masjid.

 

Katanya program dilanjutkan bagi fasa kedua bermula 19 Oktober lalu hingga 4 November nanti atas permintaan orang ramai yang begitu menggalakkan.

 

Beliau seterusnya berharap agar program seumpama ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai satu wadah untuk membantu golongan yang memerlukan dan sebagai tanggungjawab sosial bagi masyarakat di negara ini.

 

25102016 MASMALEH KHDMT MASYARAKAT 6

PENGERUSI Program Khidmat Masyarakat Bersama Kumpulan Belia Syababurroja dan Kumpulan Muslimah Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Awang Haji Haris bin Haji Suboh.

 

Program antara lain bertujuan untuk membantu golongan keluarga kurang berkemampuan bagi menyara hidup seharian, membantu mangsa-mangsa kebakaran di Kampong Ayer dan orang kurang upaya dan cacat anggota serta warga emas yang kurang berkemampuan.

 

Melalui program seumpama ini orang ramai berpeluang menghulurkan sumbangan (sedekah) melalui khidmat masyarakat yang dikendalikan oleh sukarelawan masjid.

 

Sehingga kini program dijalankan, sumbangan juga telah diberikan kepada lebih 250 buah keluarga dari Daerah Belait, Tutong dan Brunei Muara dan akan berkunjung ke Daerah Temburong pada 6 November nanti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hezlinawati Haji Abdul Karim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53