Home > Bahasa Melayu
Lantikan 3 Ahli Majlis Ugama Islam Brunei
April 19th, 2023 | 07:07 AM | 401 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berkenan melantik tiga orang menjadi Ahli MUIB.
Ahli-ahli yang dilantik ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusof dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.
Lantikan tersebut bermula pada 17 April 2023 bagi tempoh tiga tahun mengikut tempoh lantikan Ahli-ahli MUIB yang ada pada ketika ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]