Home > Bahasa Melayu
Dasar Toleransi Sifar Terhadap Dadah Ditekankan
April 19th, 2023 | 06:44 AM | 143 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Negara Brunei Darussalam melalui Biro Kawalan Narkotik (BKN) telah menghadiri Mesyuarat The 66th. Session of the Commission on Narcotic Drugs (66th. CND) yang diadakan di Vienna, Republik Austria pada 13 hingga 17 Mac 2023.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Miguel Camilo Ruiz Blanco dari Republik Colombia.
Negara Brunei Darussalam telah menyampaikan satu penyataan kebangsaan oleh Pengarah BKN, Dato Paduka Mohd Zalani bin Haji Ismail mengenai suara dan kedudukan ASEAN dalam sebarang cadangan terhadap penggubalan dasar dadah.
Antara isu yang ditekankan dalam penyataan kebangsaan tersebut adalah termasuk situasi dan cabaran dadah di Negara Brunei Darussalam; pendirian dasar Negara Brunei Darussalam terhadap isu dadah; dan usaha ASEAN dalam merealisasikan aspirasi ASEAN bebas dadah dengan menekankan dasar toleransi sifar terhadap dadah.
Selain itu, Negara Brunei Darussalam juga menekankan kepentingan peranan CND sebagai sebuah badan utama yang merangka dasar berkaitan isu dadah dan tiga konvensi dadah antarabangsa (international drug conventions) yang terus menjadi asas dalam sistem pengawalan dadah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]