FacebookInstagramTwitterContact

 

Woman Scammed Out Of £2,000 By Online Seller’s Cruel Iphone Trick           >>           Two People Charged After ‘Dine And Dash Spree’ Across Multiple Restaurants           >>           4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Beri Keceriaan Kepada Golongan Memerlukan


 


 April 18th, 2023  |  06:45 AM  |   150 views

TEMBURONG

 

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) tidak ketinggalan dalam menyemarakkan bulan Ramadan ini dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di seluruh negara.

 

Menerusi Program Ihsan YSHHB sempena bulan Ramadan 1444 Hijrah / 2023 Masihi, sebanyak 150 buah keluarga yang terdiri daripada warga emas dan golongan yang memerlukan bantuan menerima sumbangan berbentuk kewangan serta makanan, dan sebahagiannya juga menerima keperluan perubatan dengan jumlah keseluruhan BND162,500.

 

Sumbangan berkenaan bertujuan bagi membantu meringankan perbelanjaan dalam menyediakan keperluan keluarga di bulan Ramadan supaya mereka dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan memberikan keceriaan kepada mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

 

Program berkenaan juga sejajar dengan matlamat strategik YSHHB dalam mengimbangi pemedulian terhadap keperluan asasi golongan yang memerlukan.

 

Penyampaian sumbangan melalui Program Ihsan YSHHB berkenaan dikendalikan di beberapa buah kampung di keempat-empat buah daerah.

 

Di Daerah Temburong, program berkenaan diketuai oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, selaku Ahli Lembaga Pengarah YSHHB.

 

Seorang penerima, Ampuan Siti Zubaidah binti Ampuan Haji Jumat, 62 tahun, menyatakan rasa syukur dan sangat menghargai sumbangan berkenaan yang pertama kali beliau terima.

 

“Saya sangat bersyukur dan menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keprihatinan serta pemedulian baginda terhadap rakyat dan penduduk di negara ini. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia baginda," katanya.

 

Ampuan Siti Zubaidah menghidap angin ahmar sejak bulan Disember 2022 yang lalu dan kini masih menjalani rawatan fisioterapi setiap dua minggu sekali.

 

Sementara itu, Dayang Damit binti Haji Kasim, 74 tahun, yang merupakan isteri kepada seorang penerima bantuan, Awang @ Bakar bin Gapar, 81 tahun, menzahirkan rasa gembira dan bersyukur atas bantuan yang dihulurkan oleh pihak YSHHB.

 

Beliau menjelaskan, suaminya mengalami kesukaran untuk berjalan selepas mengalami kemalangan pada tahun 2011, dan sering ditahan di wad hospital.

 

YSHHB sebagai wadah amal jariah Kebawah Duli Yang Maha Mulia  dan ahli kerabat baginda sentiasa memberikan pemedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam. ​

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48