FacebookInstagramTwitterContact

 

Woman Scammed Out Of £2,000 By Online Seller’s Cruel Iphone Trick           >>           Two People Charged After ‘Dine And Dash Spree’ Across Multiple Restaurants           >>           4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program Ihsan YSHHB Ringankan Beban Keluarga Memerlukan


 


 April 18th, 2023  |  06:43 AM  |   147 views

BELAIT

 

Sumbangan berbentuk kewangan dan makanan, dan sebahagian keperluan perubatan diserahkan kepada sebanyak 150 buah keluarga terdiri daripada warga emas dan golongan yang memerlukan bantuan di seluruh negara melalui Program Ihsan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) sempena bulan Ramadan 1444 Hijrah tahun ini.

 

YSHHB sebagai wadah amal jariah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli kerabat baginda sentiasa memberikan pemedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam.

 

Program ini juga sejajar dengan matlamat strategik YSHHB dalam mengimbangi pemedulian terhadap keperluan asasi golongan yang memerlukan.

 

Bagi Daerah Belait, rombongan yang diketuai oleh Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa, selaku Ahli Lembaga Pengarah YSHHB telah menyampaikan sumbangan kepada penerima di lima buah lokasi, iaitu di Kampung Sungai Teraban; Kampung Mumong; Kampung Pandan; Panaga dan Kampung Sungai Liang.

 

Para penerima semasa ditemui menzahirkan rasa bersyukur dan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas sumbangan yang diterima melalui program berkenaan, yang merupakan tanda keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan ahli kerabat baginda untuk rakyat yang memerlukan.

 

Sentimen yang sama turut dirasai oleh Pemangku Ketua Kampung Mumong, Awang Haji Yusof bin Dulamin semasa ditemui dan berharap pihak-pihak yang berkenaan dapat mengikuti jejak langkah pihak YSHHB, untuk melihat situasi dan mempertimbangkan permohonan bantuan golongan-golongan yang memerlukan seperti orang kurang upaya dan yang memerlukan bantuan penjagaan.

 

Dengan adanya sumbangan tersebut, akan dapat membantu meringankan keperluan perbelanjaan pada bulan Ramadan dan memberikan keceriaan kepada mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. ​

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48