FacebookInstagramTwitterContact

 

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion           >>           Liverpool Title Hopes Dented Again In West Ham Draw           >>           Real Madrid Move Closer To Title With Win At Real Sociedad           >>           QPR Thrash Leeds To Seal Leicester's Promotion           >>           Premier League CEO: Games In U.S. Not In Our 'Current Plans'           >>           Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern           >>           Hungary Opens Up To Chinese Tech Despite Protests           >>           South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Khatam Al-Quran Terus Giat Diadakan


 


 April 18th, 2023  |  06:42 AM  |   150 views

BERAKAS

 

Bagi menandakan tamatnya pembacaan 30 Juzuk Al-Quran di sepanjang bulan Ramadan ini, Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya petang tadi mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan 1444 Hijrah bersamaan 2023 Masihi.

 

Pada majlis yang diadakan di Surau, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive itu, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid hadir selaku tetamu kehormat majlis.

 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha Tetap, Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank, Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya.

 

Majlis Khatam dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah secara beramai-ramai yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis dan diteruskan dengan bacaan surah bermula dari Surah Ad-Dhuha dan diakhiri dengan bacaan Doa Khatam beramai-ramai dan diakhiri dengan menunaikan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah.

 

Majlis serupa sebelumnya telah diadakan dengan Majlis Tadarus pada Selasa, 13 Ramadan 1444H bersamaan 4 April 2023 bertempat di Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik, Kampung Tungku, Gadong.

 

Antara tujuan majlis diadakan ialah untuk membudayakan pembacaan Al-Quran dalam kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir di samping bagi mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat ganda dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Majlis seumpama ini adalah merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi bersempena bulan Ramadan, di mana pada tahun ini, majlis berkenaan telah diselenggarakan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. ​

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-27 23:24:48