Home > Bahasa Melayu
Tadarus Al-Quran Semarakkan Bulan Ramadan
April 18th, 2023 | 06:40 AM | 105 views
TEMBURONG
Ibu Pejabat Daerah Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan dan diselajurkan dengan Penyampaian Sumbangan Derma Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Ibu Pejabat Daerah Polis Temburong hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pesuruhjaya Polis, PPDB, Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali.
Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis, PPDB, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis dan disusuli dengan bacaan surah pilihan serta Tahlil yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Belais, Julherime bin Haji Md. Salleh.
Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan derma Hari Raya Aidilfitri.
Acara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan kepada semua anggota PPDB dan seluruh penduduk Negara Brunei Darussalam bersempena bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]