FacebookInstagramTwitterContact

 

Keep Your Heart Healthy By Eating More Arugula, Spinach, And Beets           >>           Study Shows How Bacteria Can Affect Your Mood           >>           Reddit is back online after a major outage forced everyone to touch grass           >>           Which Of The AFC U-23 Asian Cup's Final Four Are Favourites To Be Crowned Champions?           >>           Messi Keeps Scoring, Nets Brace In Miami Win Over New England           >>           Chelsea Draw At Aston Villa After Late Winner Denied By VAR           >>           Everton Overcome Brentford To Confirm Premier League Survival           >>           Barcelona Beat Emma Hayes' Chelsea To Reach UWCL Final           >>           US Doctor Describes Witnessing Starvation In Northern Gaza           >>           Situation On Frontline Has Worsened, Ukraine Army Chief Says           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PSW Semarakkan Ramadan Dengan Kegiatan Amal


 


 April 18th, 2023  |  06:38 AM  |   136 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Persatuan Siswazah Wanita (PSW) Negara Brunei Darussalam (NBD) tidak ketinggalan menyemarakkan lagi bulan Ramadan melalui kegiatan amal dengan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi ahli-ahli, keluarga dan sahabat-sahabat PSWNBD dan diselajurkan dengan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim, keluarga berkeperluan serta warga Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dan juga majlis penyerahan derma berlangsung di Dewan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Bengkurong, kelmarin.

 

Majlis berkenaan dihadiri oleh lebih 120 orang yang terdiri daripada ahli keluarga berkeperluan, ibu-ibu tunggal dan kanak-kanak yang berkemampuan berbeza.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab yang dipimpin oleh Yang Dipertua PSW, Hajah Dayang Hassanah binti Haji Awang Hassan.

 

Diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Penasihat I PSW, Pengiran Hajah Zabaidah binti Pengiran Haji Kamaludin.

 

Majlis diteruskan dengan penyerahan sumbangan derma kepada anak-anak yatim; ibu-ibu tunggal daripada penduduk Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor, Mukim Mentiri dan Projek Nuur-Rezqi PSW); keluarga berkeperluan serta para pelajar Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam yang disempurnakan oleh Yang Dipertua, Penasihat I dan juga Penasihat II PSW.

 

Majlis diserikan lagi dengan Majlis Khatam Al-Quran, bacaan-bacaan Takhtim serta Doa Khatam, bacaan Tahlil dan Doa Arwah, Dikir Marhaban Berjemaah yang dipimpin oleh Nur Aizat Yatimi binti Haji Sahari dan Siti Nurul Hamizah binti Awang Jaya.

 

Bacaan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam turut dibacakan dan majlis diakhiri dengan acara berbuka puasa bersama tetamu yang hadir serta Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.

 

Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh berkah dan kegiatan seperti ini sangat penting untuk menguatkan hubungan antara umat Islam dan memperkuatkan ikatan sosial dalam masyarakat.

 

Khatam Al-Quran pula sangat dianjurkan dalam bulan Ramadan, kerana membaca Al-Quran merupakan ibadah yang sangat ditekankan dalam agama Islam.

 

Selain itu, sumbangan derma kepada anak-anak yatim juga merupakan kegiatan yang mulia, kerana memberikan manfaat kepada orang yang memerlukan adalah salah satu bentuk kebaikan yang paling dihargai dalam Islam.

 

Adalah diharapkan agar aktiviti seumpamanya akan dapat terus dilaksanakan tidak hanya dalam bulan Ramadan sahaja, tetapi juga sepanjang tahun untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan dan memperkuatkan ikatan sosial dalam masyarakat kita.

 

PSW NBD merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada 5 Februari 1990. Sejak penubuhannya 33 tahun yang lalu, persatuan yang mempunyai ramai ahli profesional ini, telah banyak kali mengendalikan program dan kegiatan kemasyarakatan, akademik dan profesional sesuai dengan matlamat penubuhannya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48