Home > Bahasa Melayu
PEKERTI Ceriakan Anak Yatim
April 18th, 2023 | 06:37 AM | 132 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 67 orang anak yatim menerima sumbangan daripada Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang berlangsung di Restoran Tarindak D'Seni.
Hadir di majlis berkenaan, isteri kepada Pesuruhjaya Polis, PPDB, Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman selaku Yang Dipertua PEKERTI; isteri kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis, PPDB, Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong selaku Pengerusi PEKERTI dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Badan Kebajikan PEKERTI.
Sumbangan sagu hati berupa hamper dan derma berkenaan disampaikan oleh tetamu kehormat majlis dan diharapkan sumbangan berkenaan akan dapat meringankan beban sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persahabatan di antara ahli-ahli PEKERTI dan anak-anak yatim, terutama sekali di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.
Ke arah itu, PEKERTI akan terus memberikan komitmen yang tinggi dan mempertingkatkan pelbagai usaha pada masa akan datang bagi membantu anak-anak yatim PPDB.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]