Home > Bahasa Melayu
Progresif Bertahlil Di Kubah Makam Diraja
April 18th, 2023 | 06:36 AM | 126 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Progresif Sdn. Bhd. mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil bagi ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah bertempat di Kubah Makam Diraja.
Hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Progresif, Mohammad Harris bin Brigadier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim serta Ahli Lembaga Pengarah, Kamal Ariffin bin Pehin Dato Haji Ahmad; pasukan pengurusan kanan dan kakitangan Progresif Sdn. Bhd.
Bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil dipimpin oleh Business Process Analyst, Progresif, Mohammad Rusydi bin Haji Morsidi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]