FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat Balik Meninggalkan Jeddah, Kerajaan Arab Saudi


 


 April 17th, 2023  |  06:59 AM  |   342 views

SAUDI ARABIA

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, pagi ini berangkat bertolak meninggalkan Jeddah setelah selesai menamatkan Lawatan Rasmi ke Kerajaan Arab Saudi.

 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah ahli-ahli kerabat diraja.

 

Terdahulu sebelum itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berangkat mencium Hajarul Aswad dan Sembahyang Fardu Asar di Masjidil Haram.

 

Sebelum meninggalkan kota suci Mekah Al-Mukarramah, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berangkat mengerjakan Tawaf Wida'. Seterusnya, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

Hadir di Royal Pavilion, Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah bagi menyembahkan ucapan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah His Royal Highness Prince Badr bin Sultan bin Abdulaziz, Timbalan Gabenor Mekah; Menteri Perdagangan dan Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Am Perdagangan Asing, Tuan Yang Terutama Dr. Majid bin Abdullah Alkassabi selaku Menteri Pengiring; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Emad bin Abdulaziz Al-Muhanna.

 

Juga hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kerajaan Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Haji Awang Yusoff bin Haji Awang Ismail serta isteri masing-masing.

 

Semasa Lawatan Rasmi ini, Kebawah DYMM berangkat menghadiri Majlis Perjumpaan bersama His Royal Highness Prince Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi serta mengadakan lawatan ke Islamic Arts Biennale di Jeddah dan The International Fair and Museum of the Prophet's Biography and Islamic Civilization di Madinah Al-Munawwarah.

 

Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta ahli-ahli kerabat diraja juga menziarahi Maqam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta berangkat ke Mekah Al-Mukarramah bagi mengerjakan ibadah Umrah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06