FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pupuk Budaya Membaca Al-Quran Setiap Hari


 


 April 17th, 2023  |  06:47 AM  |   181 views

PULAIE

 

Penghujung Ramadan terus disemarakkan dengan majlis-majlis keagamaan bagi meraih pahala berlipat ganda yang dijanjikan pada bulan ini.

 

Sehubungan itu petang tadi, Ahli Jawatankuasa Takmir (AJKT) Masjid Kampung Pulaie mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Derma Bagi Anak-anak Yatim bagi Kampung Anggerek Desa, Kampung Pulaie, Kampung Orang Kaya Besar Imas dan Kampung Panca Delima.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis berkenaan, Pemangku Menteri Kewangan dan Ekonomi, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid selaku Penaung AJKT Masjid Kampung Pulaie.

 

Acara dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis, diikuti dengan bacaan Surah Ad-Duha hingga Surah An-Nas yang diketuai oleh Pegawai Masjid, Awang Mohd Zakaria bin Haji Mohd Salleh.

 

Majlis diteruskan dengan bacaan Takhtim yang dipimpin oleh Awang Haji Rosli bin Haji Bolaji.

 

Para peserta Takhtim terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Takmir Masjid dan belia masjid.

 

Sementara itu, Doa Khatam Al-Quran dibacakan oleh Awang Mohd Zakaria manakala Doa Selamat dibacakan oleh Awang Haji Mohd Nuralif bin Haji Talib.

 

Selesai Majlis Khatam Al-Quran, majlis diteruskan dengan penyampaian derma kepada 20 orang anak yatim dari Kampung Anggerek Desa, Kampung Pulaie, Kampung Orang Kaya Besar Imas dan Kampung Panca Delima yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

 

Juga hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim.

 

Menurut Setiausaha AJKT Masjid Kampung Pulaie, Awang Muhammad Alihan bin Abusamah, acara berkenaan adalah merupakan majlis tahunan masjid bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh berkat ini dengan bertadarus Al-Quran pada setiap malam sepanjang bulan sehingga khatam 30 juz di samping memupuk budaya amalan membaca Al-Quran setiap hari.

 

Beliau juga turut menzahirkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izin-Nya, majlis berkenaan berjalan dengan lancar dan teratur.

 

Seterusnya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua AJKT Masjid Kampung Pulaie kerana memberikan kerjasama yang begitu padu dengan semangat kerjasama dan kekitaan.

 

''Kerjasama dan hubungan antara institusi masjid dan Ketua Kampung Anggerek Desa dan Pulaie, Ketua Kampung Orang Kaya Besar Imas dan Panca Delima juga disanjung tinggi,'' ujarnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06