FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Rabitah Dekati Masyarakat Yang Memerlukan


 


 April 17th, 2023  |  06:36 AM  |   116 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ibadah pada bulan Ramadan tidak hanya mendidik kita untuk menghayati kesengsaraan hidup golongan yang susah dengan merasakan lapar dan dahaga, bahkan menggalakkan kita untuk bersedekah.

 

Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah insan yang paling dermawan pada bulan Ramadan. Sebagai umat Baginda, jejak didikan mulia ini perlu kita ikuti dan aplikasikan, di samping meraih kelebihan ganjaran kebaikan bagi yang memberi.

 

Sehubungan itu, Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Al-Syarif Brunei Darussalam menganjurkan Khayrat Azhari yang menyasarkan golongan mualaf yang memerlukan bantuan serta golongan fakir miskin di keempat-empat buah daerah, di samping menzahirkan sikap pemedulian warga Rabitah kepada pembangunan ummah.

 

Program Khayrat Azhari juga memberikan sumbangan kepada para pelajar antarabangsa yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

 

Majlis Penyerahan Sumbangan kepada seramai 121 orang pelajar daripada pelbagai negara berlangsung di Kolej Kediaman Lelaki UNISSA yang disempurnakan oleh Ra'es Jawatankuasa Eksekutif Rabitah, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof.

 

Terdahulu, atur cara dimulakan dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran, diikuti dengan ucapan penghargaan daripada Ra'es Rabitah kepada para penyumbang yang terdiri daripada alumni Al-Azhar di negara ini, sekali gus mendoakan amalan berkenaan akan mendapat imbalan yang berlipat ganda.

 

Penyerahan sumbangan berkenaan juga turut diadakan secara serentak di kesemua daerah yang disertai oleh Jawatankuasa Eksekutif Rabitah dan para belia daripada ahli Rabitah.

 

Di Daerah Belait, sumbangan kepada enam penerima disampaikan oleh Setiausaha Agung Rabitah, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abd. Rahman.

 

Manakala bagi Daerah Tutong, Ra'es Jawatankuasa Eksekutif Rabitah menyerahkan sumbangan berkenaan kepada lima penerima.

 

Bagi Daerah Brunei dan Muara pula, Naib Ra'es I Rabitah, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal; dan Naib Ra'es II Rabitah, Profesor Madya Dr. Siti Sara binti Haji Ahmad menyerahkan sumbangan kepada 13 buah keluarga.

 

Sementara di Daerah Temburong, sumbangan kepada enam penerima disampaikan oleh Bendahari Agung Rabitah, Haji Abdul Aziz  bin Haji Akop.

 

Amalan bersedekah sangat dianjurkan kerana ia menzahirkan rasa kasih sayang sesama saudara seagama sekalipun berlainan taraf kehidupan.

 

Program seumpamanya dihasratkan akan mampu meringankan beban golongan kurang berkemampuan agar dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh rasa syukur, di samping bertujuan untuk bersama-sama membantu pihak kerajaan menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

 

Aktiviti berkebajikan berkenaan merupakan aktiviti tahunan Rabitah sempena bulan Ramadan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48