Home > Bahasa Melayu
Kongsi Kegembiraan Bersama Penuntut Kurang Berkemampuan
April 17th, 2023 | 06:34 AM | 106 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Projek Al 'Amalil Amal Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan diungkayahkan buat kali kedua yang bermula pada 13 April lalu.
Projek berkenaan adalah hasil sumbangan daripada warga maktab, Alumni Kelas 64 dan Persatuan Siswazah Brunei.
Majlis penyerahan diadakan di Bilik Pentadbiran, maktab tersebut.
Hadir untuk menyampaikan sumbangan berkenaan, Timbalan-timbalan Pengetua, iaitu Awang Zulhisyam Shah bin Haji Napiah; dan Dayang Krestina binti Haji Daud.
Projek berkenaan merupakan projek tahunan maktab untuk meraih pahala pada bulan Ramadan yang mulia ini sekali gus untuk memberi perhatian buat 65 orang penuntut yang kurang berkemampuan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]