Home > Bahasa Melayu
Eratkan Silaturahim, Ringankan Beban Anak-Anak Yatim
April 17th, 2023 | 06:31 AM | 100 views
TUNGKU LINK
Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD) melalui ahli takmir masjid berkenaan mengadakan Majlis Penyampaian Derma Anak-anak Yatim bagi kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Rimba bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak 1444 Hijrah dan diselajurkan dengan majlis bertahlil sekampung serta bersungkai baru-baru ini.
Hadir selaku tetamu khas, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Mohammad Ali bin Tanjong yang sekali gus menyempurnakan majlis penyampaian derma kepada seramai 58 orang anak yatim.
Majlis turut dihadiri oleh ahli jemaah masjid dan penjaga-penjaga para penerima derma anak-anak yatim.
Antara tujuan majlis seumpamanya diadakan adalah untuk sana-sama meraikan dan mengeratkan lagi silaturahim dengan anak-anak yatim selain membantu serta meringankan beban mereka dan keluarga lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]