Home > Bahasa Melayu
47 Anak Yatim Terima Sumbangan Derma
April 17th, 2023 | 06:30 AM | 117 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Majlis Membaca Doa Tahlil dan Arwah serta Penyampaian Derma kepada Anak-Anak Yatim anjuran Jabatan Daerah Brunei Muara (JDBM) dengan kerjasama Mirra Hanna Employment Agency diadakan di Al-Afiah Hotel, petang tadi.
Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Tahlil dan Arwah dan diikuti dengan penyampaian derma kepada 47 anak yatim dari Kampung Kiulap, Kampung Kiarong, Kampung Mata-Mata, Kampung Beribi, Kampung Menglait, Kampung Burong Pinggai Berakas, Kampung Jaya Bakti dan Kampung Jaya Setia.
Penyampaian disempurnakan oleh Datin Paduka Hajah Salmah binti Haji Hanafiah.
Majlis diakhiri dengan acara berbuka puasa bersama-sama selain bertujuan bagi mengimarahkan bulan Ramadan, di samping membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya menjelang Sambutan Aidilfitri.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohammad Yusof, Ketua-ketua Kampung yang terlibat dan anak-anak yatim yang diraikan berserta penjaga masing-masing.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]