Home > Bahasa Melayu
Semarakkan Ramadan Dengan Majlis Khatam Al-Quran
April 17th, 2023 | 06:29 AM | 86 views
TUTONG
Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Keriam dengan kerjasama Ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Keriam, Ahli Persatuan Melayu Keriam (Pesaka) Tutong dan Koperasi Kampung Keriam dan Tanggungan Berhad, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian Derma Anak-anak Yatim dan Orang Kelainan Upaya sempena bulan Ramadan Al-Mubarak yang berlangsung di masjid berkenaan, baru-baru ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan doa Khatam yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, selaku Pengerusi AJK Takmir Masjid Kampung Keriam, Awang Mohd Fauzi bin Haji Anuar.
Selepas bacaan Doa Khatam, majlis diteruskan dengan Penyampaian Derma Anak-anak Yatim dan Orang Kelainan Upaya yang disampaikan oleh Penghulu Mukim Keriam, Awang Haji Joharry bin Haji Abd Karim; Penaung Masjid Kampung Keriam, OKJP Haji Taha Bin Abd Rauf; dan Yang Dipertua Pesaka, Awang Ahanafi bin Mahadi.
Seramai 22 penerima telah menerima sumbangan masing-masing, bertujuan untuk berkongsi rezeki bagi menyambut kedatangan Hari Raya yang akan menjelang tidak lama lagi dan meraih keberkatan di bulan Ramadan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]