Home > Bahasa Melayu
Bantu Tingkatkan Bekalan Darah
April 17th, 2023 | 06:28 AM | 118 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dalam usaha Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan lagi bekalan darah di negara ini bagi keperluan rutin dan kecemasan serta persiapan musim cuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, orang ramai diseru untuk sama-sama membantu Pusat Pendermaan Darah dan Tabung-tabung Darah di kesemua Hospital kerajaan di negara ini dengan menderma darah.
Sehubungan itu, Pusat Pendermaan Darah dan Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan (HSSB) di Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengadakan Kempen-kempen Derma Darah pada Isnin hingga Rabu, 17 hingga 19 April 2023, bermula jam 8.00 malam hingga 9.30 malam bertempat di Function Room, Blok B, Tingkat 2, The One, Batu Satu.
Manakala pada Selasa, 18 April 2023 bermula jam 8.00 hingga 9.30 malam bertempat di Tingkat Satu, Tabung Darah, HSSB, Kuala Belait.
Kempen-kempen berkenaan adalah dibukakan bagi penyertaan orang ramai.
Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah tersebut adalah sangat digalakkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]