FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Persatuan Afiah Gembirakan Lebih 160 Keluarga


 


 April 3rd, 2023  |  06:45 AM  |   239 views

TUNGKU

 

Dalam sama-sama mendidik jiwa masyarakat untuk menjadi lebih prihatin kepada mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini dan dalam persiapan bagi menyambut Syawal, Persatuan Afiah petang tadi mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan dan Tazkirah Persatuan Afiah bertempat di Masjid Universiti Brunei Darussalam.

 

Lebih 160 buah keluarga menerima sumbangan berkenaan dengan 30 buah keluarga daripadanya dijemput hadir ke majlis berkenaan dan penyampaian berkenaan disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

 

Sumbangan berbentuk barangan asasi berkenaan diberikan kepada keluarga atau individu yang tersenarai di dalam senarai golongan yang memerlukan yang diperolehi dari Majlis Ugama Islam Brunei.

 

Bagi menyerikan lagi acara, tazkirah bertajuk 'Produktif di bulan Ramadan' disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama, Awang Yussof bin Haji Abdul Majid, yang antara lain menggariskan umat Islam digesa untuk memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan dari Allah Subhanahu Wata'ala di bulan Ramadan dan amatlah rugi jika tidak mengambil endah akannya dan bersikap bermalas-malasan.

 

Dari Hadis Riwayat Al-Bukhari, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda ada tiga golongan celaka yang disebut Jibril, iaitu seorang hamba yang mendapati kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup, namun tidak memasukkannya ke dalam syurga; seorang hamba yang masuk bulan Ramadan tetapi (keluar dari bulan Ramadan) dalam keadaan tidak diampuni dosanya (kerana tidak memanfaatkan Ramadan untuk beramal soleh); dan meremehkan Selawat kepada Baginda nabi apabila mendengar nama nabi disebut tetapi enggan berselawat.

 

Di bulan suci ini juga jelas beliau lagi, umat Islam dianjurkan untuk mempersiapkan diri untuk memperbanyakkan ibadah, memohon keampunan dan reda Allah agar dihapuskan sebanyak mana dosa-dosa kita, dan mengaut sebanyak mana hasanah selain turut memperbanyakkan membaca Al-Quran dan berbuat amal kebajikan dengan ikhlas semata-mata bagi mendapatkan reda dan pahala Allah yang berlipat ganda.

 

Majlis juga turut diselajurkan dengan Majlis Berbuka Puasa bersama para penerima sumbangan dan para jemputan yang lain.

 

Persatuan Afiah merupakan sebuah NGO yang diluluskan penubuhannya pada 20 November 2021, yang diwujudkan sebagai wadah bagi mendukung serta merealisasikan impian Wawasan Negara untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan terbilang, dan sebagai sebuah platform rasmi untuk masyarakat menyalurkan sumbangan.

 

Persatuan tersebut sebagai permulaan bergiat aktif dalam Program Infaq Ramadan yang dijalankan bermula dari 28 Mac hingga 1 April tahun ini dengan mengumpulkan barangan asasi daripada orang ramai dan susulan daripada program berkenaan diteruskan lagi dengan majlis penyerahannya yang diadakan pada hari ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48