Home > Bahasa Melayu
JKT Masjid Serdang Bertahlil Di Kubah Makam Diraja
April 3rd, 2023 | 06:40 AM | 185 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Masjid Serdang melalui Jawatankuasa Takmir (JKT) Masjid Serdang mengadakan Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja, khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam; Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman; dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Hadir mengetuai rombongan berkenaan, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri.
Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil yang dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Abdul Hamid.
Majlis antara lain merupakan aktiviti takmir dan keugamaan yang dikendalikan oleh Masjid Serdang sempena bulan Ramadan bagi menghidupkan dan menyemarakkan bulan yang mulia ini dan merebut ganjaran pahala serta keberkatan yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
Di samping itu, bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan para pegawai masjid, Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir (AAJKT), para jemaah dan penduduk kampung dan pada masa yang sama sebagai usaha mengimarahkan masjid khususnya Masjid Serdang.
Juga hadir, Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei Muara (DBM), Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Ghani; Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pengiran Haji Mohd. Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar selaku Pegawai Pemantau Zon 4 DBM; Ketua Imam Masjid Serdang, para pegawai masjid; AAJKT; para jemaah dan penduduk kampung sekitar Masjid Serdang.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]