Home > Bahasa Melayu
Takmir Masjid UBD Anjur Bengkel Taharah
April 3rd, 2023 | 06:38 AM | 194 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadan, Takmir Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD) mengungkayahkan Bengkel Taharah (Wudhu dan Tayamum) yang diadakan pada Sabtu, 10 Ramadan 1444 Hijrah bersamaan 1 April 2023 Masihi bertempat di Masjid UBD.
Majlis dihadiri oleh Ketua Muslimah Masjid UBD, Hajah Alimah binti Haji Matusin; Timbalan Ketua Muslimah, Pengiran Hajah Rohani binti Pengiran Haji Md. Daud juga selaku pembimbing Muslimah Masjid UBD; Ahli Jawatankuasa Muslimah Masjid UBD; dan ahli-ahli Muslimah Masjid UBD.
Juga hadir, para jemaah jemputan, iaitu Muslimah Masjid Salambigar; dan Muslimah Masjid Sungai Hancing yang turut menyertai bagi memeriahkan lagi bengkel berkenaan.
Dalam acara berkenaan turut disampaikan ceramah oleh Pensyarah Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dayang Adibah Husna binti Haji Ismail.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]