Home > Bahasa Melayu
Khatam Al-Quran Semarak Ramadan
April 3rd, 2023 | 06:28 AM | 142 views
BATU MARANG
Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Batu Marang mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi para peserta Tadarus Al-Quran di sepanjang bulan Ramadan yang berlangsung di masjid berkenaan, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Batu Marang tersebut, Pengiran Dato Paduka Haji Zaini bin Pengiran Haji Kamaluddin.
Acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum memulakan bacaan yang dipimpin oleh Guru Pentasmik Al-Quran Bertauliah dari Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) iaitu Pengiran Haji Mohamad Samrin bin Pengiran Haji Serudin, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid / Ketua Imam, Awang Saiful Rizal bin Haji Abdul Ghafar yang juga mengepalai bacaan surah-surah lazim bermula dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad.
Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan Tahtim dan Doa Khatam oleh Imam Masjid, Awang Mohammad Sharine Hadiman bin Sahari dan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Awang Saiful Rizal bin Haji Abdul Ghafar.
Majlis juga diserikan lagi dengan Persembahan Dikir Marhaban yang dibawakan oleh Ahli Dikir Kampung Batu Marang. Acara turut diisikan dengan penyampaian Surat Lantikan kepada Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid bagi Sesi 2023-2025.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]