FacebookInstagramTwitterContact

 

Every NSFW Confession Meghan Trainor Has Made About Her Marriage To Daryl Sabara           >>           Demi Lovato's Chic Hair Transformation Is Cool For The Summer           >>           Keep Your Heart Healthy By Eating More Arugula, Spinach, And Beets           >>           Study Shows How Bacteria Can Affect Your Mood           >>           Reddit is back online after a major outage forced everyone to touch grass           >>           Which Of The AFC U-23 Asian Cup's Final Four Are Favourites To Be Crowned Champions?           >>           Messi Keeps Scoring, Nets Brace In Miami Win Over New England           >>           Chelsea Draw At Aston Villa After Late Winner Denied By VAR           >>           Everton Overcome Brentford To Confirm Premier League Survival           >>           Barcelona Beat Emma Hayes' Chelsea To Reach UWCL Final           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Raih Ganjaran Pahala Di Bulan Ramadan


 


 April 2nd, 2023  |  07:23 AM  |   281 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bulan Ramadan merupakan bulan untuk kita meningkatkan amal ibadah kerana di bulan ini menjanjikan pelbagai ganjaran.

 

Antara ganjaran yang Allah Subhanahu Wata'ala janjikan di dalam bulan Ramadan ialah keampunan, kerahmatan, dan dimakbulkan doa.

 

Dalam meraih ganjaran tersebut, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengadakan Munajat Ramadhan melalui maya untuk kali ke-81.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dari Dewan Multaqa, KHEU.

 

Turut serta bagi sama-sama mengimarahkan Munajat Ramadhan, para pegawai dan kakitangan KHEU; termasuk para pegawai dan kakitangan Jabatan Pengajian Islam (JPI), Belia Muallaf As Syahadah, Program Keugamaan Belia, Pusat Da'wah Islamiah (PDI); serta Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Teraban; dan juga para jemaah daripada 98 buah masjid termasuk surau dan balai ibadat seluruh negara.

 

Selesai bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai dipimpin oleh Pegawai Pelajaran, Jabatan Pengajian Islam, Awang Haji Abdul Razak bin Haji Mohammad Daud dari Surau, Kondominium Ong Sum Ping, JPI.

 

Manakala Doa Munajat dibacakan oleh Ketua Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, Pengiran Anak Dr. Haji Amiruddin Alam Shah bin Pengiran Anak Haji Ismail dari Dewan Multaqa, KHEU.

 

Acara diserikan dengan Tadabbur Al-Quran (Surah ar-Rum, Ayat 38-40) disampaikan oleh Penolong Profesor Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr Hajah Sarinah binti Haji Yahya.

 

Inti pati Tadabbur Al-Quran Surah al-Ruum, ayat 38 - 40, antara lain menghuraikan lebih lanjut “tentang rezeki yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala merupakan ujian kepada manusia. Allah Subhanahu Wata'ala meluaskan dan menyempitkan rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya.

 

“Kedua-dua keadaan ini adalah tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang beriman dan tahu akan hikmah dan rahmat-Nya.

 

“Seterusnya, Kesan daripada semua kebaikan dan pemberian ini adalah yang paling baik di sisi Allah Subhanahu Wata'ala bagi mereka yang benar-benar mahu mendapatkan keredaan Allah. Mereka inilah juga orang-orang yang berjaya di dunia dan di akhirat".

 

Acara diteruskan dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah dipimpin oleh Ketua Unit Logistik, Belia Muallaf As Syahadah, Program Keugamaan Belia, PDI, KHEU, Awang Muhammad Firas bin Kalong / Ibrahim dari Mushalla Al-Ameen, PDI.

 

Bagi memberkati acara Munajat Ramadhan, bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Imam Tingkat III, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Muhammad Nor Islam bin Mohd Suria @ Muhammad Abdul Razzaq dari Masjid Kampung Sungai Teraban.

 

Munajat Ramadhan anjuran KHEU mengajak orang ramai untuk bersama-sama mempertingkatkan amalan ibadah di bulan Ramadan ini meminta keampunan dari Allah Subhanahu Wata'ala dengan beristighfar, membaca Surah Yaa Siin dan ayat-ayat suci Al-Quran dan menghayati maknanya, serta merafakkan dan mengamiinkan doa secara serentak beramai-ramai dengan harapan agar Negara Brunei Darussalam dan seluruh rakyat dan penduduknya terselamat dari segala bala bencana dan penyakit merbahaya.

 

Semoga dengan amalan ibadah di bulan Ramadan ini, kehidupan kita dan Negara Brunei Darussalam diberkati.

 

Penyertaan bagi Munajat Ramadhan dibukakan kepada orang ramai dan dapat diikuti secara maya melalui aplikasi Microsoft Teams di pautan 'https://ddei5-0-ctp.trendmicro.com:443/wis/clicktime/v1/query?url=http%3a%2f%2ftiny.cc%2fmunajatkheu&umid=5F8F0966-F845-DE05-8218-56E3911104A2&auth=a5dd7243e8d5885f637f5cb287f6fc448d952f90-edeafd61e357999cafc74765d88c88656e30740d' atau secara langsung melalui Facebook 'Pusat Da'wah Islamiah'.​

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48