FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Persediaan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Dibincangkan


 


 April 2nd, 2023  |  07:19 AM  |   96 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 bagi Tahun 2023 berlangsung hari ini di Bilik Mesyuarat West Wing, Bangunan Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini.

 

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-77 bagi Tahun 2023.

 

Turut berangkat ke mesyuarat tersebut ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar; dan Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.

 

Juga hadir, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-pegawai Daerah, Pemangku Pegawai-pegawai Daerah, Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Dewan-Dewan Perniagaan dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terdiri daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM Ke-77 bagi Tahun 2023.

 

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dalam ucapan alu-aluannya antara lain menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas kurnia Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi pelantikan Jawatankuasa Kebangsaan Keputeraan baginda yang Ke-77 Tahun bagi Tahun 2023 serta penubuhan Jawatankuasa Pandu Kepada Jawatankuasa Kerja Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan baginda.

 

Penubuhan Jawatankuasa Pandu tersebut tambah Yang Berhormat, adalah semata-mata untuk memantau perancangan serta memastikan kelancaran perancangan dan program-program yang akan dicadangkan sebelum ia dibawa ke Jawatankuasa Kebangsaan.

 

Yang Berhormat seterusnya menjunjung kasih di atas keberangkatan Yang Amat Mulia-Yang Amat Mulia Pengiran, kehadiran Yang Berhormat-Yang Berhormat Pehin, Yang Mulia Dato-Dato, tuan-tuan dan puan-puan ke Mesyuarat tersebut, juga menyembahkan dan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas lantikan tersebut.

 

Yang Berhormat turut menzahirkan ucapan kasih di atas semangat dan kerjasama yang erat serta padu yang telah dan sentiasa diberikan oleh agensi-agensi sama ada di pihak kerajaan dan swasta termasuk penuntut-penuntut sekolah dalam memastikan apa jua persediaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

 

Ini tambah Yang Berhormat lagi, adalah berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman dalam melaksanakan acara yang dimaksudkan pada tahun-tahun sebelum ini.

 

Komitmen seumpama ini, menurut Yang Berhormat, membuktikan tanda cinta dan taat setia kita yang tidak berbelah bahagi ke hadapan majlis Kebawah DYMM selaku raja dan pemimpin tertinggi negara yang juga mengasihi, memeduli dan prihatin terhadap kesejahteraan hidup rakyat dan penduduk di negara ini.

 

Mesyuarat membincangkan laporan persediaan acara-acara sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM Ke-77 bagi Tahun 2023 iaitu Perhiasan Bandar : pintu-pintu gerbang, lampu-lampu cucul, pemasangan 'Giant Banner', Kain Rentang dan Vertical Banner; Upacara Pengibaran dan Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam; Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran; Istiadat Barisan Kehormatan; Penerbitan dan Percetakan Buku Dirgahayu; Majlis Kesyukuran dan Penyampaian Cenderamata pada Anak-anak Damit Yang Lahir pada 15 hari bulan, Julai 2023; Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di ke empat-empat daerah; Majlis Khatam Al-Quran 77 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-penuntut Sekolah dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara; Regata Brunei Darussalam; Majlis Ilmu dan Riadah Berbasikal Keputeraan 2023.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47