FacebookInstagramTwitterContact

 

1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>           Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'           >>           Slowdown In US Job Growth Revives Rate Cut Talk           >>           Apple Sales Fall In Nearly All Countries           >>           Goldman Sachs Removes Bankers' Bonus Limit           >>           Turkey Halts Trade With Israel Over 'Humanitarian Tragedy' In Gaza           >>           Kyiv Can Use British Weapons Inside Russia – Cameron           >>           NYPD Officer Fired Gun While Clearing Columbia Protest           >>           Russians Sent To Niger Airbase Occupied By US Troops           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tarik Pasaran Pelancongan MICE Ke NBD


 


 April 2nd, 2023  |  07:13 AM  |   123 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab menjelaskan, Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2023 (Brunei Mid-Year Conference and Exhibition 2023- Brunei MYCE 2023) memfokuskan kepada acara-acara persidangan dan pameran yang menghimpunkan pakar-pakar dan 'key players' dari dalam dan luar negara dalam pelbagai bidang tertentu.

 

Selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Brunei MYCE 2023, Dayang Hajah Tutiaty seterusnya berkata, ia merupakan salah satu inisiatif bagi mencapai matlamat strategik Jabatan Kemajuan Pelancongan (JKP), KSSUP untuk menarik pasaran pelancongan MICE (Meetings, Incentives, Conferences and Events) khususnya 'business travellers' ke Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

Menurutnya, acara-acara persidangan dan pameran pada tahun ini akan berkisar dengan empat tema, iaitu pertama, Islamik yang merupakan salah satu kluster Brunei MYCE yang dikekalkan setiap tahun mengambil kira NBD sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja (MIB) yang mengamalkan dan menitikberatkan ajaran-ajaran agama Islam di dalam Sistem Pentadbiran Negara, yang turut memainkan peranan penting dalam membentuk budaya dan cara hidup masyarakat di negara ini.

 

"Di bawah kluster Islamik Brunei MYCE tahun ini akan memfokuskan mengenai produk dan perkhidmatan Halalan Thayyiban, yang akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan mengenai keistimewaan, perkembangan serta cabaran yang berkaitan dengan pelbagai isu Halalan Thayyban," ujarnya pada Sidang Media Brunei MYCE 2023 yang berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, KSSUP, di sini.

 

Beliau menambah, peneraju utama di bawah kluster berkenaan ialah Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

 

Selain itu katanya, ia juga melibatkan penyelarasan dan kerjasama dengan beberapa agensi swasta dan kerajaan dan institusi pengajian tinggi dari dalam dan luar negara seperti The Standards and Metrology Institute for Islamic Countries (SMMIC), Turkiye; Prince of Songkla University, Thailand; Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia dan seumpamanya.

 

Kedua katanya alam sekitar, iaitu mengambil kira kelebihan negara ini komited dengan pemuliharaan ekosistem laut dan darat, maka salah satu tema yang diketengahkan pada tahun ini ialah alam sekitar yang memfokuskan kepada pemuliharaan biodiversiti marin, dengan cadangan tajuk persidangan 'Sustaining Marine Biodiversity Through Blue Economy 2023'.

 

Beliau menjelaskan, peneraju utama bagi tema berkenaan ialah KSSUP melalui Jabatan Perikanan, dengan kerjasama pihak antarabangsa seperti Southeast Asian Fisheries Development Center (SEAFDEC) dan juga Universiti Brunei Darussalam sebagai penganjur bersama.

 

Ketiga pula tambahnya teknologi dan inovasi, yang akan memfokuskan kepada teknologi digital dan projek inovasi antaranya bagi mendukung Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) dalam mengatasi pelbagai cabaran dunia ke arah memastikan keterangkuman (inclusiveness) dalam kalangan masyarakat global di mana antara topiknya adalah 'Innovative Digital Future, Are We Ready?'.

 

Katanya lagi, peneraju utama bagi tema berkenaan adalah Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi (AITI) dan Universiti Teknologi Brunei (UTB).

 

Dan yang terakhir jelasnya hal ehwal semasa, salah satu tema yang dicadangkan untuk diketengahkan pada tahun ini adalah hal ehwal semasa yang antaranya memfokuskan kepada isu berkaitan tenaga dan ekonomi.

 

Beliau menambah, antara agensi atau syarikat  yang dikenal pasti untuk menjadi peneraju bagi tema berkenaan ialah Jabatan Tenaga melalui Jabatan Perdana Menteri memfokuskan kepada 'Towards an Energy Transition in ASEAN'.

 

“KSSUP melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan juga akan bekerjasama dengan pihak penganjur dan juga beberapa pihak berkepentingan pelancongan antaranya Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Royal Brunei Airlines Sdn Bhd (RB), Persatuan Hotel-hotel Brunei (BAH), Persatuan Ejen Pelancongan (ATAB), perkhidmatan pengangkutan dan penyedia-penyedia perkhidmatan pelancongan untuk menawarkan promosi dan pakej-pakej menarik dalam pada masa yang sama membantu merangka aktiviti dan program lawatan bagi para pembentang dan peserta persidangan / pameran khususnya dari luar negara.

 

“Ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada pertumbuhan aktiviti- aktiviti perekonomian termasuk perhotelan, penerbangan, restoran, pengangkutan dan seumpamanya," ujarnya.

 

Menurutnya lagi, pada tahun ini merupakan tahun ketiga Brunei MYCE berkenaan dianjurkan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan institusi-institusi pengajian  tinggi di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16