FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Graduan Perlu Mampu Menjadi Penggerak Jentera Kerajaan


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berkenan mengurniakan titah. |FOTO: PELITA BRUNEI (Haji Ariffin Mohd. Noor, Masri Osman, Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad)

 


 October 23rd, 2016  |  11:23 AM  |   1132 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 22 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bertitah menyeru agar para graduan supaya tidak berpuas hati setakat memperolehi sijil dan gelaran akedemik semata-mata.

 

Para graduan seharusnya mampu untuk menjadi penggerak kepada jentera kerajaan, khasnya, dalam pemantapan perlaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah juga menyentuh mengenai isu semasa yang berupa tohmahan atau provokasi terhadap Islam Sehubungan itu jelas Kebawah Duli Yang Maha Mulia, UNISSA mempunyai peranan yang sangat diperlukan untuk menyampaikan gambaran yang betul dan tepat mengenai ugama Islam.

 

"Ke arah itu, para pelajar UNISSA bukan sahaja dikehendaki untuk celik Al-Quran dan bahasa Arab, tetapi juga perlu memahami secara mendalam karya klasik para ulama silam Ahli Sunnah Waljamaah dalam pelbagai disiplin ilmu. Di samping itu UNISSA, selaku gedung ilmu, juga perlu peka dengan landskap perkembangan pengajian dan tuntutan keperluan sumber tenaga manusia untuk Brunei," titah baginda pada Majlis Hafl Al-Takharruj Ke-6 Universiti Islam Sultan Sharif Ali, UNISSA, di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

Mengenai langkah penjenamaan semula fakulti pula, baginda bertitah, pengembangan dan penawaran program baru serta penilaian dan pindaan beberapa kursus tersebut adalah langkah bijak dan tepat dari UNISSA.

 

Baginda percaya bahawa langkah ini adalah inisiatif terbaik untuk mengembangluaskan lagi pasaran kerjaya bagi graduan lepasan universiti UNISSA.

 

Terdahulu, baginda merasa gembira setelah mengetahui UNISSA berjaya mengeluarkan kumpulan graduan pertama bagi program 'double-degree', iaitu Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Perundangan Syar'iah.

 

Kebawah DYMM juga mengambil maklum bahawa para graduan pengambilan pertama bagi Sijil Sistem Keadilan Jenayah Syar'iah telah pun menamatkan pengajian mereka di UNISSA.

 

"Alhamdulillah, pada hemat beta, pencapaian itu amatlah bermakna, selari dengan keperluan negara dan perkembangan ilmu pengetahuan semasa," titah baginda.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16