FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


UNISSA Meterai Enam MoU


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman hadir selaku tetamu kehormat dan menyaksikan penandatanganan MoU tersebut. |FOTO : PELITA BRUNEI (Mohd. Sahrizal Haji Said)

 


 October 23rd, 2016  |  11:17 AM  |   813 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 22 Oktober. - Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani enam Memorandum Persefahaman (MoU) bersama enam buah universiti luar.

 

Keenam-enam MoU tersebut ditandatangani pada Majlis Makan Malam bagi meraikan graduan-graduan UNISSA sempena Hafl Al-Takharruj Ke-6 di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D'seni Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian pingat dan hadiah-hadiah kepada para graduan ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

 

221016 GRADUAN RIZAL-9951

REKTOR UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal bertukar dokumen bersama salah seorang penandatangan universiti daripada luar negara.

 

Sebanyak 38 pingat dan hadiah-hadiah terdiri dari satu pingat universiti, 30 hadiah buku universiti kategori Cemerlang Dalam Program Pengajian, enam buku universiti Kategori Cemerlang Dalam Kursus Al-Quran dan satu Hadith buku universiti Kategori Cemerlang Dalam Kursus Melayu Islam Beraja (MIB).

 

Enam buah universiti tersebut ialah The Islamic University of Maldives (IUM), The Egyptian University of Islamic Culture 'Nur Mubarak', Kazakhstan, Universiti Islam Negeri (UIN) Raden Fatah Palembang, Indonesia, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Malaysia.

 

Penandatangan itu diwakili oleh Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal dan disaksikan oleh tetamu kehormat majlis.

 

221016 GRADUAN RIZAL-9917

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menyampaikan hadiah kepada salah seorang penerima ijazah.

 

Penandatanganan MoU tersebut adalah selaras dengan usaha UNISSA untuk memperkenalkan kepada dunia luar tentang kewujudan universiti Islam yang unggul di negara ini dan sekali gus melonjakkan reputasi serta kedudukannya di arena pendidikan dalam dunia global.

 

Dengan adanya kerjasama antara universiti di peringkat antarabangsa itu memberikan laluan dalam mengadakan apa jua bentuk aktiviti, seminar, penulisan jurnal dan sebagainya.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ahat suci Al-Quran dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Awang Abdul Qawiyuddin bin Haji Suhaili.

 

Penolong Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad menyatakan penerima anugerah pingat, beberapa kriteria tertentu yang telah ditetapkan yang meliputi penilaian menyeluruh terhadap calon penerima yang tidak terbatas kepada pencapaian akademik semata.

 

221016 GRADUAN RIZAL-9905

PENOLONG Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad ketika berucap.

 

Elemen penting yang diambil kira jelasnya, ialah kreadibiliti dan sahsiah pelajar berkenaan termasuklah penyertaan aktif pelajar dalam ativiti luar perkuliahan.

 

Sementara, hadiah buku pula tambahnya, diberikan kepada para pelajar terbaik dalam satu-satu program yang diikuti berdasarkan tahun pengajian dan fakulti masing-masing.

 

Menerusi pemilihan ini diharap menjadi nilai tambah untuk para lulusan UNISSA menggapai cita-cita mereka sama ada di alam kerjaya atau persada gedung ilmu bagi yang ingin menyambung pengajian ke tahap yag lebih tinggi.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16