FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Membudayakan Bijak Berbelanja


 


 March 29th, 2023  |  07:14 AM  |   97 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Amalan budaya berjimat cermat ke arah ekonomi yang berdaya tahan, kos sara hidup bergantung kepada dua keadaan iaitu pendapatan isi rumah dan harga pasaran.

 

Dengan peningkatan kos sara hidup pada masa ini, inflasi akan berlaku.

 

Ketidakserasian dalam bekalan dan permintaan (supply dan demand) akan menyebabkan inflasi. Apabila makin ramai antara kita berebut untuk membeli produk yang sama, harga akan meningkat dan ini mungkin akan berlaku pada bulan puasa dan menjelang hari raya nanti jika budaya berjimat cermat dan membeli mengikut keperluan tidak diamalkan oleh masyarakat kita.

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman menyatakan perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada hari terakhir Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN, di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Yang Berhormat berharap agar usaha-usaha ke arah membudayakan orang-orang Brunei untuk bijak berbelanja perlu ditingkatkan kerana masa depan kita akan lebih terjejas jika kita tidak mampu mengatasi masalah ini dari sekarang. Terutama sekali golongan-golongan yang berpendapatan rendah dan yang akan menghadapi alam persaraan.

 

“Alhamdulillah, melalui mukadimah Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 telah pun menggariskan beberapa inisiatif pihak kerajaan yang sentiasa berusaha membina asas ekonomi yang berdaya tahan, dinamik dan resilien ke arah pertubuhan ekonomi yang mampan bagi mencapai Wawasan Brunei 2035," ujar Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman.

 

Pada masa yang sama, Yang Berhormat juga menyentuh mengenai menangani isu anjing-anjing yang berkeliaran yang masih belum nampak kesudahannya dan ada setengah pihak menganggap isu ini kecil tetapi ianya merupakan masalah besar bagi mereka yang berdepan hampir setiap hari dengan anjing-anjing berkenaan sehingga menimbulkan rasa resah dan tidak selesa.

 

“Kita perlu belajar dengan negara maju tentang kaedah dan cara yang praktikal untuk menangani isu anjing-anjing liar ini. Perkara ini tidaklah boleh dibebankan kepada pihak kerajaan sahaja tetapi orang ramai juga turut berperanan untuk menghormati persekitaran dan kebudayaan orang lain. Kaola menyarankan agar pihak kerajaan dapat menyediakan peruntukan yang sewajarnya bagi menangani isu ini secara tuntas dan serius," terang Yang Berhormat.

 

Yang berhormat juga menjelaskan mengenai dengan isu-isu yang membabitkan permasalahan rakyat seperti memperkemaskan urusan bantuan kebajikan melalui Skim Kebajikan Negara (SKN), peraturan-peraturan baharu syarat-syarat Tanah Tumpang Sementara (TOL), bantuan-bantuan khusus untuk para peladang dan petani di dalam sektor pertanian yang lebih baik, menaik taraf dan membaiki jalan-jalan raya yang mengalami kerosakan dan sebagainya.

 

Menyentuh soal R&D produk keluaran tempatan, menurut Yang Berhormat, Negara kita mempunyai banyak sumber alam semula jadi yang dapat diterokai untuk dijadikan produk-produk yang bermutu tinggi. Dalam masa yang sama, produk-produk keluaran tempatan yang dihasilkan oleh Pengusaha 1 Kampung 1 Produk (1K1P) juga berpotensi untuk diinovasikan menjadi produk yang lebih berkualiti.

 

“Kaola difahamkan sejumlah BND2.3 juta diperuntukkan dalam Belanjawan tahun 2023 untuk memajukan kegiatan penyelidikan dan pembangunan idea-idea kreatif serta menggalakkan inovasi," ujar Yang Berhormat.

 

Sehubungan dengan ini, Yang Berhormat berharap agar usaha bagi memberikan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) dapat diungkayahkan dalam masa yang akan datang dengan menyasarkan produk-produk 1K1P yang berpotensi dengan kerjasama padu pihak institusi pengajian tinggi awam bersama pengusaha-pengusaha 1K1P agar produk ini akan sentiasa relevan dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07