FacebookInstagramTwitterContact

 

Results of Closed Tender for Vehicle Registration Number           >>           Earn Income through Content Creation           >>           Hari Raya Must-Haves and Favourite Food           >>           Decorative Lights add Cheer to Hari Raya Celebration           >>           Disposal Service for Books & Papers containing Quranic Verse           >>           Business resume operations           >>           Back to Work after Hari Raya Holiday           >>           Handover of Brunei Green Economy Framework Report           >>           Tahlil Ceremony           >>           The Sweet-Smelling Honeysuckle Has A Variety Of Medicinal Benefits           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


28 Belia Sertai Kapal SSEAYP


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (kiri) semasa menyerahkan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Ketua Kontinjen SSEAYP Ke-43, 2016. |FOTO: PELITA BRUNEI (Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 October 22nd, 2016  |  10:35 AM  |   1821 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 21 Oktober. - Negara Brunei Darussalam sekali lagi dipelawa mengikuti Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) Kali Ke-43.

 

Tahun ini, Negara Brunei Darussalam akan menghantar seramai 28 orang belia terdiri daripada 14 lelaki dan 14 perempuan dan seorang ketua kontinjen bagi menyertai SSEAYP, yang mana ia merupakan program pertukaran belia di negara-negara ASEAN dan Jepun.

 

Majlis Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam di Bilik VIP, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof kepada Ketua Kontinjen SSEAYP, Pengiran Kamal Ariffin bin Pengiran Haji Md. Yassin.

 

Pada majlis tersebut, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki juga menyampaikan tiket penerbangan kepada Ketua Kontinjen SSEAYP, Pengiran Kamal Ariffin.

 

Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Zafri bin Haji Mohamed menjelaskan, SSEAYP dan Jepun merupakan program pertukaran belia serta antarabangsa khusus bagi negara-negara ASEAN dan Jepun yang bermula sejak tahun 1974.

 

211016 AMIRUL7 BENDERA

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi (duduk, tengah) semasa sesi bergambar ramai bersama Peserta SSEAYP Ke-43, 2016.

 

Beliau menyatakan, tujuan program adalah bagi melahirkan kesefahaman dan kerjasama antarabangsa dalam kalangan belia-belia ASEAN dan Jepun, di mana penyertaan Negara Brunei Darussalam tahun ini merupakan kali yang ke-31 sejak penyertaan rasmi pertama negara pada tahun 1985.

 

Program SSEAYP 2016 akan berjalan selama 51 hari bermula 25 Oktober hingga 15 Disember 2016 bersama 330 orang belia dari 11 buah negara dengan menggunakan Kapal Nippon Maru yang akan singgah ke beberapa buah negara yang telah dipilih, iaitu Bandar Ho Chi Minh, Viet Nam; Bangkok, Thailand; Singapura; Jakarta, Indonesia dan berakhir di Tokyo, Jepun.

 

Ketua belia juga akan berkesempatan melawat negara Kemboja semasa program berada di negara Thailand dengan menggunakan penerbangan.

 

Para peserta yang mewakili negara telah membuat beberapa persiapan khusus dan rapi dari pelbagai aspek termasuk menjalani kursus latihan kepimpinan, membincangkan topik-topik yang telah diberikan oleh penganjur, latihan kebudayaan, pameran dan sebagainya.

 

Dengan persediaan yang ada, perubahan-perubahan dalam proses yang dibuat pada ketika ini, beliau berharap akan dapat mempromo dan mengangkat nama baik Negara Brunei Darussalam selaku 'Embassador of Goodwill' dalam rancangan ini.

 

Juga hadir, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Mohd. Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad serta wakil-wakil dari Kedutaan Jepun di Negara Burnei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Chinese Internet Amused By Building That Looks Like Sanitary Pad

 2024-04-16 23:58:01

Scottish Power Pays £300 To Customers After Overcharging

 2024-04-17 00:46:50