FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


3,000 Hektar Ditawarkan Kepada Pengusaha, Pelabur Asing, Tempatan


 


 March 16th, 2023  |  08:17 AM  |   82 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin berkata bahawa objektif utama Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) ialah bagi memastikan peningkatan hasil sumber makanan sendiri, di samping itu mengukuhkan 'value chain' industri di negara ini daripada 'input' kepada pengeluaran ke pemasaran.

 

Yang Berhormat menjelaskan perkara itu ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin pada pada hari ke-10 pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Di samping untuk mengukuhkan pengeluaran dalam negara ini, pihak kementerian juga bekerjasama dengan para pengimport dalam mempelbagaikan sumber import makanan.

 

Usaha sama menghasilkan makanan luar negara, pihak KSSUP dengan pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi juga meneliti kemungkinan tersebut terutama di negara jiran.

 

“Dari segi menjemput FDI dan juga 'Role of GLC' untuk sama-sama mengukuh lagi terutama dalam sumber pengeluaran makanan.

 

“Itu memang sudah dipraktikkan daripada pihak BEDB, DARe, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, semua bekerjasama bagi memastikan ada FDI untuk datang ke negara ini bukan sahaja untuk melabur malah juga untuk memperkenalkan teknologi-teknologi baharu jadi supaya industri 'kitani' ini pertanian dan perikanan mempunyai produktiviti yang tinggi.

 

“Begitu juga Role GLC masa ini, memang ada yang projek-projek itu besar yang memakan belanja tinggi di mana GLC ikut serta dalam melabur dan cuba untuk meningkatkan produktiviti hasil makanan negara. Itu sudah diusahakan secara berterusan," ujar Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

 

Yang Berhormat seterusnya menambah, dari segi membanyakkan tempat ladang, memang pada masa ini gizet di bawah pertanian dan agrimakanan melebih 9,000 hektar di Kawasan Kemajuan Pertanian.

 

Di mana sebanyak 64 peratus telah pun digunakan oleh pengusaha-pengusaha dan juga yang 'relate' kepada pertanian dan perikanan.

 

Pada masa ini, masih ada terbuka 3,000 hektar yang belum dibuka iaitu sebanyak 36 peratus yang akan ditawarkan kepada pengusaha-pengusaha atau pelabur-pelabur asing dan juga pelabur tempatan.

 

Ini katanya, memang ini diakui juga pentingnya ada pasaran yang lebih untuk kebaikan bagi peladang-peladang untuk mengusahakan ladang mereka. Adalah menjadi keutamaan bagi Jabatan Pertanian dan Agrimakanan untuk memilih lokasi ladang baharu dengan memastikan infrastruktur awal ada disediakan.

 

Tambahnya, mana-mana ladang yang akan dibuka akan disediakan infrastruktur seperti bekalan elektrik utama, bekalan air domestik dan juga jalan utama itulah yang seperti lazimnya akan dibuka di'promote' dan juga disediakan infrustruktur asas untuk membolehkan pihak pengusaha 'start' mengusahakan perusahaan mereka.

 

Pada persoalan mengenai usaha-usaha proaktif pihak KSSUP memperkenalkan 'safety standard' SHENA dalam Industri Pertanian.

 

Yang Berhormat menjawab, dengan mengutamakan keselamatan termasuk kepada peladang-peladang. Pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan menekankan para peladang untuk mengamalkan amalan pertanian yang baik, yang mana melibatkan penyimpanan racun dan baja dengan betul.

 

Pengurusan ladang termasuk penggunaan racun dengan betul dan pengawalan kualiti selepas tuai termasuk memastikan sample tidak tercemar dengan sisa baki racun melebihi maksimum 'national limit' yang dibenarkan.

 

Di samping itu, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan juga menganjurkan program khusus bagi meningkatkan kesedaran kepentingan keselamatan semasa menggunakan racun kimia serta melatih peladang berkenaan tatacara penggunaan racun kimia pertanian yang betul atau 'pesticide application training'.

 

Program ini, jelas Yang Berhormat, memfokuskan penggunaan racun kimia dengan betul dengan menerangkan elemen-elemen penting yang ada di dalam label racun seperti kelas racun bahaya, kandungan racun iaitu bahan aktif, kadar sukatan, jarak penggunaan dan tempoh pemetikan hasil.

 

Peserta program, kata Yang Berhormat, juga diajarkan kepentingan menggunakan Personal Protective Equipment (PPE) ketika menjalani penyemburan racun kimia. Kursus ini dilaksanakan setiap tahun di ke semua daerah di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06