FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penyertaan Belia Dalam Pertanian Berteknologi Tinggi Memberangsangkan


 


 March 16th, 2023  |  08:10 AM  |   90 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Program pendedahan belia yang berpotensi untuk menceburi bidang pertanian berteknologi tinggi telah diadakan setiap tahun dan pada masa ini sebanyak tujuh siri sudah dijalankan di mana melibatkan seramai 116 belia.

 

Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin menjelaskan perkara berkenaan bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi pada hari ke-10 yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Menurut Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, disediakan satu pengenalan bagaimana cara bertanam, pakej-pakej seperti projek rintis. Tanah-tanah akan disediakan dalam dua hektar untuk memulakan perusahaan mereka.

 

Di samping itu, juga pihak kementerian bekerjasama dengan pihak DARe dan juga Bank Usahawan untuk memperkenalkan mereka.

 

“Pada masa ini bukan sahaja pengusaha-pengusaha pertanian malah juga pengusaha-pengusaha dari agrimakanan, 'tourism' dan juga perusahaan kayu 'downstream'.

 

“Ini di'organised' secara 'organise proactive' dengan kerjasama pihak DARe bagi membolehkan mereka terutamanya golongan muda untuk memulakan perusahaan mereka dalam bidang sumber-sumber utama," ujar Yang Berhormat.

 

Kebanyakan mereka seperti 'food based agrifood' dan hasil perkayuan kebanyakannya mengusahakannya di rumah.

 

Usaha kementerian ialah untuk meningkatkan standard mereka dan memindah mereka ke tempat yang selesa supaya mereka boleh lebih selesa dan juga kondusif untuk mengusahakan perusahaan mereka.

 

Mengenai dengan infrastruktur yang tidak memuaskan, Ahli MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi berharap perkara ini dapat diberi perhatian agar ia terus berkembang dan sokongan padu semua pihak kementerian di kementerian lain dan menekankan sokongan padu kementerian lain kerana kalau satu kementerian sahaja dalam perkara ini kementerian-kementerian lain tidak bergerak sama, perkara ini tidak akan berlaku.

 

Menjawab isu ini, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf seterusnya menjelaskan, “Alhamdulilah, 'in terms of support' pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan mendapat banyak 'support' dari kementerian-kementerian bukan sahaja Jabatan Pelancongan malah seperti 'accuadity' Autoriti Kemajuan Daerah Temburong iaitu banyak 'tambing' telah banyak dilabur untuk 'membisaikan' Daerah Temburong".

 

Di samping itu juga, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang berkenaan untuk mengangkat taraf kemudahan yang ada bagi pelancongan di negara ini.

 

Malah, dari infrastruktur kemasukan di pos sempadan akan dipermudahkan lagi dengan adanya 'online' dan juga visa program, InsyaaAllah," tambah Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06