FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lawatan Menggalakkan Sistem Keadilan Cekap, Berkesan


 


 March 16th, 2023  |  08:07 AM  |   81 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ketua Hakim Mahkamah Besar, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong Wan Oon serta dua Pegawai Kanan Kehakiman telah mengadakan Lawatan ke Mahkamah Agung United Kingdom (UK) (The Supreme Court of the United Kingdom) dan Judiciary of England and Wales pada 27 dan 28 Februari 2023 di London, UK.

 

Semasa lawatan tersebut, Yang Amat Arif Ketua Hakim Mahkamah Besar telah mengunjungi The Lord Chief Justice of England and Wales, Lord Burnett of Maldon dan Presiden Mahkamah Agung UK, Lord Reed of Allermuir.

 

Mesyuarat telah diadakan dengan Hakim Kanan Kehakiman England dan Wales sebagai peneraju untuk hubungan antarabangsa, insolvensi dan latihan antarabangsa.

 

Lawatan juga diadakan di Mahkamah Keadilan Diraja England dan Wales, Mahkamah Agung UK, Judicial Committee of the Privy Counci dan Central Criminal Court of England and Wales (biasanya dirujuk sebagai Old Bailey).

 

Perbincangan telah diadakan dalam pelbagai bidang termasuk kerjasama kehakiman dalam pentadbiran mahkamah, pendidikan dan latihan kehakiman yang berterusan.

 

Seterusnya perbincangan perkembangan dalam proses penyelesaian insolvensi dan kaedah perbicaraan rayuan yang kini dijalankan secara dalam talian oleh The Judicial Committee of the Privy Council (JCPC), di mana di Negara Brunei Darussalam (NBD) parti bagi kes sivil boleh merayu kepada JCPC dengan syarat kedua-dua pihak bersetuju terlebih dahulu.

 

Lawatan itu juga mengesahkan hubungan yang terjalin lama dan erat antara NBD dan UK. Kerjasama kehakiman dalam bidang perkongsian bernilai antara kedua-dua negara dan melalui warisan undang-undang bersama, bertujuan untuk menggalakkan sistem keadilan yang cekap, berkesan dan adil yang komited kepada kedaulatan undang-undang.

 

Yang Amat Arif Ketua Hakim Mahkamah Besar merakamkan ucapan terima kasih kepada Pejabat Kehakiman atas sambutan yang baik yang dihulurkan kepada delegasi dan kepada Suruhanjaya Tinggi British di NBD atas sokongan mereka dalam menjayakan mesyuarat dan lawatan tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06