FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mendukung Program Pengeluaran Beras Negara


 


 March 15th, 2023  |  08:38 AM  |   199 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ke arah mendukung pertumbuhan serta peningkatan keluaran dari sektor makanan, di bawah peruntukan Perbelanjaan Berulang-ulang, sekitar BND9.38 juta disediakan bagi membiayai skim pembelian semula padi, bagi mendukung program pengeluaran beras negara termasuk membiayai pembelian padi daripada peladang, pembelian biji benih padi hibrid berhasil tinggi, membiayai perkhidmatan pemprosesan padi kepada beras dan lain-lain.

 

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin semasa menyampaikan ucapan mukadimah mengenai kementeriannya pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Menurut beliau, sekitar BND2.06 juta disediakan bagi membiayai projek-projek pemeliharaan infrastruktur, bangunan, jentera dan peralatan pertanian antaranya seperti membiayai kerja-kerja pemeliharaan jalan utama ladang, pemeliharaan saliran dan longkang bagi program pencegahan banjir dan lain-lain.

 

Manakala, di bawah peruntukan Perbelanjaan RKN pula, sebanyak BND18.03 juta dicadangkan untuk disediakan bagi membiayai projek-projek utama sektor pertanian dan perikanan, antaranya ialah projek pembukaan kawasan penanaman padi secara komersial di Kawasan Kandol, Fasa Ke 2, sekitar BND5.97 juta dan projek membina skim pengairan tambahan iaitu bagi menaik taraf sistem pengairan di kawasan penanaman padi Wasan, Junjungan dan Batang Perhentian sekitar BND0.64 juta; bagi meningkatkan pengeluaran beras negara projek-projek bagi mendukung pembangunan industri ternakan sebanyak BND4.52 juta; bagi penyediaan infrastruktur ladang seperti bekalan elektrik, jalan ladang dan peparitan di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Merangking, Maraburong, Tanah Tuah dan Batang Mitus penyediaan infrastruktur asas di lain-lain kawasan KKP bagi meningkatkan pengeluaran hasil industri pertanian di seluruh negara sebanyak BND0.40 juta.

 

Sementara bagi projek pembekalan mesin bagi keperluan program pengeksportan sebanyak BND0.22 juta; pengukuhan pusat-pusat jaminan kualiti dan akreditasi adalah sebanyak BND5.12 juta iaitu bagi meningkatkan keluaran tanaman hiasan dan bunga-bungaan sebanyak BND0.12 juta dan meningkatkan keluaran sayur menggunakan teknologi tinggi sebanyak BND5 juta; dan projek bagi memajukan dan meningkatkan keluaran dari industri akuakultur termasuk bagi meningkatkan infrastruktur di kawasan tapak-tapak akuakultur yang sedia ada, sebanyak BND1.16 juta

Ke arah mendukung pembangunan dan pemuliharaan sumber hutan negara, sekitar BND0.49 juta disediakan di bawah perbelanjaan RKN bagi membiayai program ke arah mengukuhkan kelestarian alam sekitar, antaranya perlaksanaan projek-projek penghijauan semula ke atas kawasan hutan yang 'degraded'; peningkatan aktiviti pemuliharaan hutan dan persijilan hutan.

 

Dalam ucapan mukadimahnya, Yang Berhormat turut menambah, bagi mendukung pertumbuhan dan pembangunan industri pelancongan, sekitar BND0.58 juta turut disediakan di bawah perbelanjaan RKN bagi mengukuhkan produk-produk pelancongan.

 

Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan pelancongan ini, pihak kementerian tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada pembiayaan kerajaan semata-mata, tetapi juga meneroka kaedah serta pendekatan yang lebih efisien yang dapat mengurangkan pergantungan kepada peruntukan kerajaan semata-mata, misalnya melalui kaedah PPP, sepertimana yang pada masa ini sedang dilaksanakan bagi projek menaik taraf kemudahan penginapan di Taman Negara Ulu Temburong.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15