FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


YTM Berkenan Sertai Pertandingan IMC, Raih Anugerah Emas


Siaran Akhbar dan Foto : Sekolah Antarabangsa Jerudong

 


 March 11th, 2023  |  11:36 AM  |   7876 views

JERUDONG

 

Pertandingan Matematik Kebangsaan yang sangat terkenal di United Kingdom, The Intermediate Maths Challenge (IMC) dikendalikan oleh United Kingdom Mathematics Trust (UKMT), baru-baru ini.

 

Berkenan menyertai pertandingan tersebut, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Dalam pertandingan tersebut, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan menerima Anugerah Emas (Gold Award) dalam peringkat anugerah tertinggi pertandingan tersebut bersama 18 pelajar yang lain.

 

Pertandingan tersebut disertai oleh seramai 126 pelajar Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) dari Tahun 9 hingga Tahun 11.

 

Pelajar dalam tahun-tahun akademik ini digalakkan untuk mengambil bahagian, walaupun secara sukarela untuk mereka berbuat demikian.

 

Cabaran pertandingan ini ditujukan kepada pelajar Tahun 9 hingga 11 (yang berumur 13 hingga 16 tahun) di mana mereka perlu menjawab sebanyak 25 soalan yang berbentuk objektif selama 60 minit tanpa menggunakan alat kalkulator. Ia merupakan kertas yang direka untuk menarik minat dalam subjek Matematik bagi sebilangan besar pelajar.

 

Soalan-soalan tersebut bertujuan untuk menguji ketangkasan Matematik pelajar iaitu kebolehan mereka mengaplikasikan Matematik yang telah mereka pelajari di dalam kelas dengan cara yang luar biasa dan kreatif.

 

Sebanyak 50 peratus pelajar terbaik di peringkat antarabangsa menerima Anugerah Emas, Perak dan Gangsa dalam nisbah 1:2:3.

 

“Membangunkan penyelesai masalah yang berdaya tahan adalah teras kepada apa yang kami cuba capai sebagai Fakulti Matematik di JIS - inilah sebenarnya IMC.

 

“Cabaran ini menggalakkan pertimbangan Matematik, ketepatan pemikiran dan kelancaran menggunakan teknik asas Matematik untuk menyelesaikan masalah yang menarik.

 

“Saya amat berbangga dengan semua yang mengambil bahagian dan terutamanya mereka yang berjaya mendapat sijil - syabas," ujar Pengetua JIS, Nicholas Sheehan mengucapkan tahniah kepada semua pelajar.

 

Gideon Chan dianugerahkan 'Best in Year 11', Amelia Ege dianugerahkan 'Best in Year 9' dan Lemuel Dhanushan Chinniah, pelajar Tahun 10, dianugerahkan 'Best in School'.

 

Sementara itu, seramai 28 pelajar telah menerima Anugerah Perak dan 40 pelajar menerima Anugerah Gangsa.

 

“Saya sangat gembira dengan keputusan tahun ini, terutamanya dengan lebih ramai pelajar mengambil bahagian dalam cabaran dan 69 peratus daripada pelajar mencapai sekurang-kurangnya Anugerah Gangsa," ujar Penyelaras IMC, Thacker.

 

Matematik di JIS merupakan mata pelajaran teras yang akan dipelajari oleh semua pelajar sehingga akhir Tahun 11 (Program IGCSE). Ahli Matematik yang paling berbakat juga boleh belajar untuk Further Pure Mathematics IGCSE.

 

Di Tingkatan Enam, pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran Matematik boleh belajar Matematik dan Further Maths 'A'Level.

 

Pelajar Diploma IB semua akan belajar pelajaran Matematik sama ada di Peringkat Standard (sama ada kursus Analisis dan pendekatan atau kursus Aplikasi dan Tafsiran) atau Kursus Analisis dan Pendekatan Matematik Peringkat Tinggi.

 

 


 

Source:
RTB NEWS

by RTB NEWS

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41