FacebookInstagramTwitterContact

 

NASA's Mission To An Ice-Covered Moon Will Contain A Message Between Water Worlds           >>           An Ipad Version Of The Delta Game Emulator Is Officially On The Way           >>           Smart Gadgets: Tougher Rules For Sellers Of Internet-Enabled Devices In The UK           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project           >>           Artwork Exhibition           >>           Launching of 'Al-Imam' Film           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, PENJURU           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Belait Da'wah Unit Office           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, ASTERAWANI           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Proses Penelitian Pembentukan Dasar Libatkan Pihak Berkepentingan


 


 March 10th, 2023  |  11:14 AM  |   103 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Berhubung dengan pengemaskinian dasar dan dasar baharu, pembentukan dan penelitian dasar peraturan Perkhidmatan Awam, ini bukanlah satu proses yang mudah tetapi ia adalah 'complex' dan memerlukan penelitian serta melibatkan pihak yang berkepentingan bagi memastikan pembentukan dasar yang kukuh bagi orang ramai.

 

Proses penelitian bagi pembentukan dasar melibatkan beberapa pihak yang berkepentingan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Mesyuarat Jawatankuasa yang berkenaan.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof sebagai menjawab isu yang berhubung dengan pengemaskinian dasar dan dasar baharu, pembentukan dan penelitian dasar peraturan Perkhidmatan Awam yang telah disuarakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN yang berlangsung pada hari kelima di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II seterusnya berkata dalam usaha meningkatkan 'government effectiveness' melalui kualiti penggubalan dan pelaksanaan dasar serta 'credibility' komitmen pihak kerajaan terhadap dasar yang diperkenalkan, JPM terus melaksanakan pengemaskinian Surat-surat Keliling yang melibatkan dasar dan peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam.

 

Penelitian ini terang Yang Berhormat dilaksanakan dan menggunakan pendekatan Whole of Nation bersama pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan pembaharuan dan penambahbaikan Perkhidmatan Awam. Pembentukan dasar yang kukuh serta menepati keperluan orang ramai.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, sebanyak 306 Surat Keliling telah dikenal pasti, memerlukan penelitian dan kesemua 306, iaitu 100 peratus Surat Keliling telah selesai dibincangkan dalam Mesyuarat Perkumpulan Petugas Penelitian Surat-surat Keliling JPM berkaitan dengan Perkhidmatan Awam dan sebagai langkah ke hadapan (way forward) dalam usaha untuk mempercepatkan proses dan penyelesaian penelitian surat-surat keliling dan memastikan pendekatan Whole of Government, iaitu yang telah diteliti kesesuaiannya (relevance) untuk kumpulan petugas akan dihadapkan kepada kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang berkaitan dengan memberikan tempoh yang bersesuaian untuk menghadapkan pandangan dan penelitian lanjut mengenai surat-surat keliling berkenaan.

 

Tambah Yang Berhormat juga melalui mesyuarat yang berkenaan akan membentangkan mana-mana surat-surat keliling yang masih lagi relevan untuk diteliti dan dikemas kini berasaskan kepada perubahan dan keperluan semasa khususnya dalam menimbangkan dan meningkatkan Perkhidmatan Awam ini termasuklah dasar-dasar yang berkaitan dengan perkembangan, perancangan dan pengurusan sumber manusia.

 

Yang Berhormat juga berkata pada masa ini beberapa 'taskforce' yang berkenaan telah giat menyediakan beberapa peraturan-peraturan dalam Perkhidmatan Awam untuk dibentangkan dan diluluskan, ini termasuk jua penyediaan garis panduan yang komprehensif mengenai pengurusan, pembangunan dan perancangan sumber manusia dalam Perkhidmatan Awam yang dapat digunakan dalam secara holistik.

 

“Pada tahun lepas sebanyak lapan kertas telah dibentangkan yang salah satu daripadanya berkaitan dengan pengemaskinian surat keliling dan selebihnya yang berhubung kait dengan garis panduan-garis panduan mengenai tatacara pengurusan dan pengambilan sumber manusia dalam Perkhidmatan Awam. Manakala dua garis panduan telah dirangka dan diluluskan pada tahun ini yang pengambilan pakar dan profesional dalam Perkhidmatan Awam," ujar Yang Berhormat.

 

Ini juga jelas Yang Berhormat sudah setentunya melebihi sasaran KPI JPA, iaitu meluluskan dua kertas dasar dalam setahun. JPA akan secara berterusan meneliti dan mengemaskinikan dasar-dasar Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48