FacebookInstagramTwitterContact

 

Barcelona, Lyon Book UWCL Final Rematch; Roma Reign In Serie A           >>           Rose Lavelle Scores In Gotham Debut To Save Draw With Louisville           >>           PSG Crowned Ligue 1 Champions In Mbappe's Likely Final Season           >>           Bristol City Relegated From WSL, Crystal Palace Earn First Promotion           >>           Philips Pays $1.1bn To Settle Respirator Case           >>           Delivery Firm Getir To Exit UK, Europe And US           >>           NASA's Mission To An Ice-Covered Moon Will Contain A Message Between Water Worlds           >>           An Ipad Version Of The Delta Game Emulator Is Officially On The Way           >>           Smart Gadgets: Tougher Rules For Sellers Of Internet-Enabled Devices In The UK           >>           Temporary Half Lane Closure           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


JPA Giat Laksana Kecekapan, Keberkesanan Penyampaian Perkhidmatan


 


 March 10th, 2023  |  11:12 AM  |   100 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof sebagai menjawab isu mengenai tempoh memangku bagi jawatan-jawatan eksekutif pengisian jawatan kosong khususnya bagi Bahagian Satu memerlukan kerjasama kolektif dan komitmen yang berterusan daripada kementerian-kementerian dalam memastikan syarat-syarat bagi kenaikan pangkat itu dipenuhi dalam usaha mengurangkan hal ehwal memangku secara berpanjangan dalam mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan (service delivery) serta produktiviti Perkhidmatan Awam yang telah disuarakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof menjelaskan secara keseluruhan sehingga Februari tahun ini terdapat 312 jawatan kosong dalam Bahagian Satu yang mana 276 daripadanya adalah dipangku.

 

Pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN yang berlangsung di hari kelima di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini, Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II berkata beberapa inisiatif jabatan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2015, iaitu usaha dalam pelaksanaan rancangan penggantian bagi setiap kementerian dengan juga menyediakan buku panduan dan bengkel-bengkel perancangan penggantian yang mengandungi tatacara pelaksanaannya; mewujudkan program Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) pada tahun 2016 dengan mengadakan rangkaian program 'flagship' kepimpinan seperti Young Executive Programme (YEP), Executive Delevopment Programme for Middle Management Officer (EDPMMO) dan Executive Development Programme for Senior Government Officer (EDPGSO) bagi pegawai-pegawai yang dikenal pasti sebagai pemimpin yang berpotensi; dan pemantauan bagi jawatan-jawatan utama yang kosong dengan penubuhan Jawatankuasa Kerja Pengisian Jawatan-jawatan Utama Bahagian Satu dalam Perkhidmatan Awam bermula pada tahun 2018 sehingga tahun 2021.

 

Selain itu tambah Yang Berhormat pelaksanaan garis panduan memangku jawatan-jawatan Bahagian Satu sokongan kenaikan pangkat atau penetapan jawatan dalam Perkhidmatan Awam mulai Mei 2019; pengemaskinian syarat-syarat kaedah kenaikan pangkat laluan laju Surat Keliling Jabatan Perkhidmatan Menteri Bilangan: 12/2020 telah pun dikeluarkan dan mula dikuatkuasakan pada 4 November 2020 bagi memastikan pengisian jawatan kosong dalam Bahagian Satu oleh pegawai-pegawai yang dikategorikan sebagai 'outstanding', berpotensi, berkualiti, 'future ready' dan bersesuaian berdasarkan merit; dan pelaksanaan 'stopgap measure', iaitu perubahan syarat kenaikan pangkat bagi jawatan bertaraf Ketua Jabatan / Pengarah dan kenaikan bagi Bahagian Dua ke Bahagian Satu. 'Stopgap measure' adalah langkah berbentuk sementara bagi menangani isu jawatan-jawatan kosong di Perkhidmatan Awam, iaitu perubahan syarat kenaikan pangkat bagi jawatan bertaraf Ketua Jabatan / Pengarah dan kenaikan pangkat daripada Bahagian Dua ke Bahagian Tiga (bertaraf Timbalan /Penolong Ketua Jabatan / Pegawai Kanan).

 

Secara keseluruhannya jelas Yang Berhormat kaedah 'stopgap measure' dilihat adalah efektif dalam pengisian jawatan Bahagian Satu dalam tangga gaji Superscale C bertaraf Ketua Jabatan / Pengarah, iaitu sebanyak 78 peratus (25 jawatan).

 

Berhubung dengan Skim Perkhidmatan pula ujar Yang Berhormat, ia bertujuan mewujudkan satu aliran kerjaya yang lebih teratur dan mantap dan mewujudkan gelaran jawatan tangga gaji yang kemas kini selaras dan telus dengan memberikan keutamaan kepada penghasilan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan sentiasa berdaya saing selaras dengan kehendak masa kini.

 

Yang Berhormat juga menjelaskan tempoh kelamaan untuk mempertimbangkan cadangan Skim Perkhidmatan yang telah dihadapkan untuk pertimbangan dan ketetapan jawatankuasa berkenaan adalah tertakluk kepada beberapa perkara, iaitu pertimbangan serta ketetapan slot satu-satu Skim Perkhidmatan adalah tertakluk kepada 'nature' skim perkhidmatan tersebut. Bagi Skim Perkhidmatan yang mempunyai impak besar kepada Perkhidmatan Awam akan setentunya memerlukan tempoh yang panjang, memandangkan penelitian Skim Perkhidmatan berkenaan memerlukan penganalisaan yang terperinci serta menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti 'benchmarking', 'best practices', jenis-jenis kursus atau latihan bagi peningkatan pembangunan kapasiti penjawat awam dan lain-lain.

 

Selain itu tambah Yang Berhormat, maklumat-maklumat yang lengkap adalah sangat penting untuk 'mempayukan' proses penelitian, pertimbangan dan ketetapan bagi Skim Perkhidmatan dan ini memerlukan masa yang lama, jika hasil penelitian urus setia jawatankuasa berkenaan mengenai cadangan perwujudan atau penyelarasan Skim Perkhidmatan berkenaan mendapati masih memerlukan maklumat-maklumat lanjut bagi pihak kementerian atau jabatan berkenaan adalah dikehendaki untuk menghadapkan maklumat-maklumat yang lengkap dan komprehensif sebelum dibincangkan semula.

 

“Dari masa ke masa pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) giat melaksanakan penambahbaikan terhadap tatacara mempercepatkan proses permohonan kertas kerja Skim Perkhidmatan.

 

“Walau bagaimanapun, pihak JPA telah pun berusaha untuk mempercepatkan proses dengan mengadakan mesyuarat setiap minggu," terang Yang Berhormat.

 

Menyentuh mengenai pengemaskinian Skim Perkhidmatan pula tambah Yang Berhormat, bagi tahun 2022, sebanyak 94 jawatan telah pun dikemaskinikan Skim Perkhidmatannya, iaitu jawatan-jawatan yang belum mempunyai Skim Perkhidmatan.

 

“Manakala mengenai Skim Perkhidmatan Allied Health Profession (AHP), Kementerian Kesihatan cadangan Allied Health Profession (AHP), ini melibatkan pengemaskinian gelaran jawatan tangga gaji Skim Perkhidmatan serta mengadakan gelaran-gelaran jawatan dan tangga gaji baharu bagi 19 bidang AHP antaranya; Pengkaji Dengar (Audiology), Pysioteraphy, Speech Language Therapy, Dietetic Clinical, Scientific Clinical, Perkhidmatan Scientific, Technology Maxillofacial, Klinik Teknologi Pergigian, Ortophedic dan Scientific Pharmacy.

 

“Atulah antara lain jawapan-jawapan dan ada jua masih yang masih dikemaskinikan juga," ujar Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Philips Pays $1.1bn To Settle Respirator Case

 2024-04-29 22:39:36