FacebookInstagramTwitterContact

 

NASA's Mission To An Ice-Covered Moon Will Contain A Message Between Water Worlds           >>           An Ipad Version Of The Delta Game Emulator Is Officially On The Way           >>           Smart Gadgets: Tougher Rules For Sellers Of Internet-Enabled Devices In The UK           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project           >>           Artwork Exhibition           >>           Launching of 'Al-Imam' Film           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, PENJURU           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Belait Da'wah Unit Office           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, ASTERAWANI           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Persediaan Ke Arah Memajukan Ekonomi, FDI, Mengembangkan MSME


 


 March 10th, 2023  |  11:08 AM  |   106 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah menjelaskan, kita akan terus membuat persediaan untuk masa depan dalam memikirkan cara menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI), memajukan ekonomi serta mengembangkan lagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) dan sebagainya.

 

Ia memerlukan perbelanjaan termasuk membangun modal insan yang dinamik, proaktif dan terus inovatif.

 

“Sepertimana yang di dalam fokus dalam belanjawan tahun ini atau tahun yang akan datang. Inilah masanya untuk mengatasi isu defisit ini, inilah masanya untuk 'kitani' terus melabur supaya 'kitani' menjana peluang-peluang untuk generasi yang akan datang," ujar Yang Berhormat semasa menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin mengenai isu 'budget conservative' dan 'deficit'.

 

Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II semasa Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi pada hari keenam seterusnya menjelaskan, bukan kita tidak kira dalam 'preserve our cash' untuk masa depan, yang penting kita menjanakan 'opportunity' bagi generasi yang akan datang.

 

Menurut Yang Berhormat, 'opportunity' tersebut seperti kilang-kilang akan membangun, FDI yang akan datang, menjana pekerjaan, menjanakan 'opportunity' bagi teknologi 'transfer' dari luar negara kepada negara kita.

 

“Menjana peluang untuk FDI akan memberikan 'spin off' MSME 'kitani'. Itulah yang penting, bagi 'kitani' fokus dalam tahun-tahun yang akan datang. Sudah ekonomi kitani cukup dinamision nya kitani bolehlah memikirkan 'manage fiscal' kita, tapi inilah masanya kita melabur kepada masa depan kita," ujar Yang Berhormat pada mesyuarat yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Mengenai isu inisiatif untuk membukakan fasiliti dalam melaksanakan 'mass production' di daerah-daerah lain dari Daerah Brunei dan Muara, Yang Berhormat mengongsikan, aktiviti-aktiviti ekonomi di daerah-daerah lain tidak akan ditinggalkan dan akan terus dimajukan.

 

 

Menurut Yang Berhormat, pada masa ini memang terdapat sudah empat tapak perindustrian di Daerah Belait, dengan aktiviti-aktiviti lain termasuk Brunei Methanol Company, BFI, BLNG dan belum lagi mengira BSP of Operasi BSP di Daerah Belait.

 

Yang Berhormat menjelaskan, dengan adanya pelaburan dalam BFI dan Methanol, InsyaaAllah masa depan akan banyak lagi aktiviti-aktiviti perindustrian akan ditubuhkan di Daerah Belait.

 

Bagi Daerah Tutong jelas Yang Berhormat, kita sudah melihat ada beberapa aktiviti akuakultur di Daerah Tutong, nampaknya perusahaan tersebut akan terus berkembang, meningkat lagi 'production' dan sebagainya, InsyaaAllah aktiviti perekonomian di Daerah Tutong juga akan terus berkembang.

 

Yang Berhormat seterusnya menambah, di Daerah Temburong pada masa ini mempunyai satu estet perindustrian, tetapi pada masa yang sama kita sedang memajukan Labu Square dan juga Pekan Bangar, kita akan mencuba lagi meningkatkan aktiviti-aktiviti perekonomian di Daerah Temburong.

 

Di samping itu, tambah Yang Berhormat lagi, ada satu projek mengenai pelancongan pada masa ini sedang dimajukan di Daerah Temburong.

 

Sementara itu, semasa menjawab isu mengenai 'food basket' dengan cadangan harga-harga barangan asasi akan dapat dikongsikan, Yang Berhormat menjelaskan, perkara tersebut sudah dilaksanakan sebelum ini.

 

Yang Berhormat menyatakan, memang ada beberapa jenis barangan di bawah kawalan Jabatan Perancangan Ekonomi dan Satatistik di bawah 'trans-control' di mana semasa COVID-19 aktiviti untuk mengawal harga barangan di pasaran itu dilaratkan ke beberapa jenis barangan di pasaran dan premis-premis perniagaan, ditambah lagi dari segi pemantauan harga barangan dijual di beberapa premis, kalau tidak salah 300 buah premis pada masa ini.

 

“Dari maklumat-maklumat mengenai harga barangan di pasaran ini dikumpulkan dan dimasukkan dalam 'website', sosial media, instagram dan juga aplikasi pengguna bijak.

 

“Dari sana kita dapat membuat perbandingan dalam melihat harga yang dijual di beberapa premis, dapat dibuat 'comparison' dan sebagainya. Itulah langkah-langkah yang telah diambil untuk orang ramai akan lebih tahu dari harga barangan yang dijual di pasaran terutama sekali barang makanan asasi," ujar Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat seterusnya menjawab mengenai isu Ease of Doing Business yang akan diganti oleh satu skim baharu lagi yang masa ini sedang menunggu World Bank yang akan mengongsikan maklumat-maklumat mengenainya.

 

Walau bagaimanapun, tambah Yang Berhormat, pada masa ini kita masih mengambil 'guidance' dari Ease of Doing Business yang sudah ada, masih terus 'monitor' pencapaian kita dari segi 'improvement' mengikut 'guideline' yang ada sebelum ini di bawah Ease of Doing Business.

 

“Kalau dilihat dalam dua tahun ini memang nampak ada kemajuan. Kita 'continue to improve' Ease of Doing Business, seperti mendapatkan elektrik, permit, 'construction' permit dan sebagainya.

 

“Itu nampak ada 'improvement'. InsyaaAllah perkara ini memang diambil berat untuk kita teruskan usaha kita untuk mencapai perkembangan ekonomi kita terutama sekali MSME kita," ujar Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48