FacebookInstagramTwitterContact

 

NASA's Mission To An Ice-Covered Moon Will Contain A Message Between Water Worlds           >>           An Ipad Version Of The Delta Game Emulator Is Officially On The Way           >>           Smart Gadgets: Tougher Rules For Sellers Of Internet-Enabled Devices In The UK           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project           >>           Artwork Exhibition           >>           Launching of 'Al-Imam' Film           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, PENJURU           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Belait Da'wah Unit Office           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, ASTERAWANI           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelaksanaan Program Latihan Kepada Banduan Bantu Tangani Isu 'Recidivism'


 


 March 10th, 2023  |  10:59 AM  |   131 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman menekankan bahawa menyedari akan pentingannya untuk mengurangkan jumlah 'recidivism' atau kemasukan semula dalam kalangan banduan, Jabatan Penjara secara berterusan telah menyediakan dan melaksanakan beberapa program.

 

Program tersebut termasuk latihan kemahiran vokasional seperti pertukangan kayu, pertanian, memasak dan landskap sebagai usaha untuk memberikan para banduan kemahiran dalam membantu mereka mempersiapkan diri apabila bebas nanti.

 

“Sokongan daripada ahli keluarga dan masyarakat sangat penting dalam membantu golongan ini untuk mengukuhkan jati diri, memberikan pekerjaan atau menyokong perniagaan mereka sebagai sumber pendapatan dan memberikan bimbingan serta motivasi agar tidak terpengaruh semula untuk melakukan kesalahan mengambil kira ini faktor utama menyumbang kepada kemasukan semula," Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menegaskan perkara itu semasa menyampaikan ucapan mukadimah pada hari keenam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi, hari ini.

 

Menurut Yang Berhormat pada persidangan berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini, produk insaf, yang dihasilkan oleh para banduan-banduan yang dijual kepada orang ramai melalui ekspo-ekspo dan tempahan-tempahan dihasratkan untuk meringankan beban banduan dalam menyara kehidupan mereka apabila keluar ke pangkuan masyarakat sementara mencari pekerjaan tetap atau mengusahakan pekerjaan sendiri.

 

Selain memberikan program semasa menjalani tahanan, tambahnya, Jabatan Penjara juga membukakan secara sukarela kepada bekas banduan yang ingin untuk mengikuti program-program di bawah Perkhidmatan Seliaan yang dikendalikan oleh Bahagian Reintegrasi Jabatan Penjara dengan kerjasama Jawatankuasa Aftercare bersama-sama dengan agensi-agensi yang berkepentingan.

 

Sejak tahun 2018 sehingga sekarang sebanyak 82 'stakeholders' telah ikut serta dalam menjayakan program-program 'aftercare'.

 

“Ini adalah usaha sama Jabatan Penjara dengan 14 buah pertubuhan bukan kerajaan dan 68 buah syarikat swasta untuk membantu rakan seliaan dalam penintegrasian masyarakat atau komuniti melalui program-program yang disediakan," ujar Yang Berhormat.

 

Untuk memperkukuhkan lagi sistem kawalan dan keselamatan di institusi penjara, jelas Yang Berhormat, peruntukan sebanyak BND3.768 juta telah dibenarkan untuk membiayai kerja-kerja menaik taraf dan pemeliharaan bangunan di Penjara Maraburong Fasa 1 dan Fasa 3, dan Penjara Jerudong termasuk pemasangan sistem CCTV di mana tawaran bagi melaksanakan kerja-kerja berkenaan telah pun dibukakan.

 

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga menyatakan, untuk memastikan kesiapsiagaan infrustruktur dan aset-aset di Jabatan Bomba dan Penyelamat, kebenaran juga telah diperoleh bagi pajak sewa 30 buah jentera bomba jenis Water Tender Ladder (WRL) sebagai usaha untuk meningkatkan keupayaan operasi serta keberkesanan pengkerahan jentera bomba dan penyelamat.

 

“Selain itu, InsyaaAllah pada Tahun Kewangan 2023 / 2024 ini, pembaikan sejumlah 800 unit Fire Hydrant di seluruh negara akan dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan kesiapsiagaan infrastruktur dalam menangani kecemasan kebakaran di setiap daerah," tambah Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48