FacebookInstagramTwitterContact

 

NASA's Mission To An Ice-Covered Moon Will Contain A Message Between Water Worlds           >>           An Ipad Version Of The Delta Game Emulator Is Officially On The Way           >>           Smart Gadgets: Tougher Rules For Sellers Of Internet-Enabled Devices In The UK           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project           >>           Artwork Exhibition           >>           Launching of 'Al-Imam' Film           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, PENJURU           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Belait Da'wah Unit Office           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, ASTERAWANI           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


HRCF Untuk Tingkatkan Keupayaan Sumber Tenaga Manusia Sedang Digubal


 


 March 10th, 2023  |  10:58 AM  |   107 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam usaha untuk melaksanakan transformasi pembangunan bandar dan daerah melalui penglibatan aktif pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui jabatan-jabatan daerah telah mengiklankan jawatan-jawatan Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung dan melaksanakan proses pengundian setiap minggu bagi memilih calon Ketua-ketua Kampung dan Penghulu-penghulu Mukim.

 

Sebanyak 29 peratus jawatan Penghulu Mukim telah dapat disikan dan 25 peratus jawatan Ketua Kampung telah diisikan.

 

Perkara tersebut antara inti pati ucapan mukadimah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman pada hari keenam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, hari ini.

 

Menurut Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin, dalam menggubal suatu dasar dalam pelaksanaan atau apa jua insiatif yang dirancang oleh kementerian ini faktor-faktor yang menyumbang kepada pencapaian insiatif berkenaan adalah di ambil kira iaitu selaras dengan aspirasi ketiga kementerian iaitu memastikan sumber tenaga manusia yang kompeten di samping memanfaatkan penggunaan teknologi selaras dengan peredaran masa ke arah penyampaian perkhidmatan yang telus dan berkualiti.

 

“Oleh itu, pihak kementerian pada ketika ini sedang menggubal Human Resources Competency Framework (HRCF) yang akan melibatkan seluruh warga kementerian dan jabatan-jabatan termasuk pemimpin akar umbi yang antara lain bertujuan bagi meningkatkan keupayaan sumber tenaga manusia dengan mengenal pasti dan seterusnya mengurangkan jurang kompetensi melalui program-program peningkatan kemahiran dan kapabiliti," jelas Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lagi.

 

Untuk memperkasakan lagi Majlis Perundingan Mukim (MPM) dan Majlis Perundingan Kampung (MPK), jelas Yang Berhormat, kompesisi keahlian MPM dan MPK telah disesuaikan agar dapat mewakili pelbagai peringkat masyarakat dalam memastikan perancangan dan apa juga aktiviti MPM dan MPK dapat didukung dan sokongan dari anak-anak buah kampung.

 

Di samping itu, kata Yang Berhormat, pihak kementerian dan jabatan-jabatan daerah juga telah memulakan untuk mengadakan sesi permuzakarahan secara berjadual tetap bersama pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi iaitu sebagai wadah untuk bertukar-tukar pikiran dalam mencapai hala tuju dan untuk memeduli serta menjaga maslahah anak-anak buah kampung di samping mengembang majukan kampung dan mukim di negara ini.

 

“Kaola sukacita mengambil kesempatan di dewan yang mulia ini untuk memgucapkan terima kasih kepada semua pemimpin-pemimpin diperingkat akar umbi termasuk Majlis Perundingan Mukim dan Majlis Perundingan Kampung yang sentiasa aktif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kerja dengan mengekalkan budaya bergotong-royong dan membantu pihak kementerian khasnya dan kerajaan amnya dalam memberikan sumbangan buah fikiran, tenaga serta sumbangan yang ikhlas dalam sama-sama memastikan kebajikan anak-anak buah kampung dan mukim terjaga dan terpelihara serta persekitaran kampung agar sentiasa bersih dan selamat," ujar Yang Berhormat.

 

Usaha seumpama ini, tambah Yang Berhormat, adalah sangat-sangat dihargai dan besar maknanya bukan sahaja kepada penduduk di mukim dan kampung berkenaan akan tetapi juga kepada rakyat di negara ini.

 

Di mana Yang Berhormat sukacita merujuk usul yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama pada 4 Mac 2023 yang lalu iaitu 'Pemimpin peringkat mukim dan kampung ini adalah tidak bersendirian tetapi mereka adalah rakan sekepimpinan seperti dari masjid-masjid dan sekolah-sekolah untuk sama-sama memperkasakan kepimpinan mukim dan kampung'.

 

Terdahulu, Yang Berhormat menyatakan, untuk memperkasakan lagi Satu Kampung Satu Produk (1K1P), satu inisiatif Satu Kampung Satu Produk Berimpak Tinggi InsyaaAllah akan dilaksanakan iaitu dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui salah satu dari Government Link Companies (GLCs) dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan berpotensi untuk menembusi pasaran dalam dan luar negara.

 

Dalam mendukung 'Matlamat 2' iaitu untuk pembangunan bandar dan daerah yang mampan dan berdaya tahan serta memastikan ketersediaan prasarana-prasarana, antara lain inisiatif kementerian adalah memfokuskan kepada penyediaan dan pembangunan tapak-tapak perniagaan termasuk gerai-gerai di setiap daerah, pemeliharaan dewan-dewan kemasyarakatan dan serbaguna serta menaikkan paras jalan raya di kawasan yang sering dilanda banjir agar tidak menjejaskan akses penduduk kampung di kawasan-kawasan yang terjejas.

 

“Alhamdulillah, peruntukan sebanyak BND18.8 juta telah dibenarkan untuk kerja-kerja menaik taraf paras jalan raya di Daerah Tutong, Belait dan Temburong, di mana pada masa ini tawaran ini adalah dalam peringkat menunggu kebenaran.

 

“Pihak kementerian juga mendukung dan menyokong dalam memperkasakan masyarakat yang mandiri iaitu dengan menyediakan ruang untuk berniaga sebagai sumber pendapatan bagi membolehkah mereka menyara hidup," tambah Yang Berhormat lagi.

 

Projek Tunas Marketplace dengan kerjasama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) bukan sahaja menyasarkan produk 1K1P akan tetapi termasuk juga peserta lepasan Program BIBD-SEED, Konsortium Mualaf-preneurs dan Peserta Program Keusahawanan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48