FacebookInstagramTwitterContact

 

Barcelona, Lyon Book UWCL Final Rematch; Roma Reign In Serie A           >>           Rose Lavelle Scores In Gotham Debut To Save Draw With Louisville           >>           PSG Crowned Ligue 1 Champions In Mbappe's Likely Final Season           >>           Bristol City Relegated From WSL, Crystal Palace Earn First Promotion           >>           Philips Pays $1.1bn To Settle Respirator Case           >>           Delivery Firm Getir To Exit UK, Europe And US           >>           NASA's Mission To An Ice-Covered Moon Will Contain A Message Between Water Worlds           >>           An Ipad Version Of The Delta Game Emulator Is Officially On The Way           >>           Smart Gadgets: Tougher Rules For Sellers Of Internet-Enabled Devices In The UK           >>           Temporary Half Lane Closure           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


KHEDN Akan Sentiasa Meneliti Dasar Yang Berkaitan


 


 March 10th, 2023  |  10:57 AM  |   77 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman menekankan bahawa pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation juga dititikberatkan dalam memastikan tadbir urus perkhidmatan yang baik.

 

“Sebagai contoh dalam mengatasi isu tunggakan cukai bangunan. Jabatan-Jabatan Bandaran telah bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan, Pejabat Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara dan Pejabat Pendaftaran Waris, Mahkamah Tinggi Brunei bagi memastikan pemilik-pemilik bangunan untuk terlebih dahulu ikut menyelesaikan tunggakan Cukai Bangunan masing-masing sebelum sebarang-sebarang permohonan yang berkaitan dibenarkan," jelas Yang Berhormat semasa menyampaikan ucapan mukaddimah pada hari keenam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi, hari ini.

 

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin pada persidangan berlangsung  di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini menyatakan, sejak inisiatif ini dilaksanakan secara berfasa pada Ogos 2021 hingga 31 Januari 2023, sejumlah lebih BND10 juta atau 14.92 peratus dari jumlah dari keseluruhan tunggakan hasil telah berjaya dikutip.

 

Manakala kutipan hasil semasa daripada April 2022 sehingga 31 Januari 2023, Jabatan Bandaran telah mengutip sebanyak BND4.9 juta.

 

“Untuk mendukung inisiatif dan 'probusiness eco-system' di negara ini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan sentiasa meneliti dasar-dasar yang berkaitan agar ia sentiasa relevan di mana apa jua program atau projek yang diungkayahkan oleh setiap kementerian akan sentiasa didukung sama dalam mencapai Wawasan Brunei 2035," jelas Yang Berhormat.

 

Sebagai kesimpulan, InsyaaAllah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatannya akan sentiasa memastikan segala inisiatif yang akan dirancang dan dilaksanakan adalah sejajar dan menjurus kepada pencapaian Wawasan Brunei 2035.

 

Di samping memastikan perbelanjaan peruntukan adalah 'value for money' yang memberikan impak yang positif kepada semua golongan masyarakat di negara ini dalam usaha untuk mengekalkan Negara Brunei Darussalam yang aman makmur dan dinamik sepertimana jua visi kementerian ini dan melaksanakan strategik yang telah digariskan di dalam Pelan Strategik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi tempoh lima tahun dari tahun 2023-2027.

 

Berasaskan kepada penjelasan tersebut, Yang Berhormat juga menambah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya telah disokong untuk disediakan peruntukan keseluruhan berjumlah BND136,503,951.00, Gaji Kakitangan dan Perbelanjaan Berulang-Ulang adalah berjumlah BND131,813,060.00 dan Perbelanjaan Kemajuan-Kemajuan adalah sejumlah BND4,690,891.00 untuk membiayai tujuh projek-projek kemajuan.

 

Seterusnya Yang Berhormat berharap akan mendengar pandangan-pandangan yang bernas dan pemikiran yang strategik dari rakan-rakan Yang Berhomat yang lain untuk membantu dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Philips Pays $1.1bn To Settle Respirator Case

 2024-04-29 22:39:36