FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pembangunan Kampong Ayer Perlu Dilaksanakan Secepat Mungkin


 


 March 10th, 2023  |  10:49 AM  |   93 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pembangunan Kampong Ayer dihasrat akan dapat dilaksanakan secepat mungkin dan perkara ini memang dibincangkan dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Kementerian Pembangunan dengan skop-skop kerja yang akan dilaksanakan bagi memastikan peruntukan-peruntukan yang diberikan itu 'affordability' yang akan tinggal ataupun yang akan mendiami rumah-rumah yang dibina itu nanti.

 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman mengatakan perkara tersebut semasa menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim pada hari keenam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, petang tadi.

 

Berkenaan kebersihan Sungai Brunei pada masa ini, Yang Berhormat seterusnya menjelaskan pengutipan sampah dari rumah ke rumah memang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) dan juga keberkesanan pembersihan Sungai Brunei ini memang sudah ada inisiatifnya di bawah Jawatankuasa Induk Isu-isu Kebersihan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan Ahli-ahlinya selain institusi pendidikan tinggi juga dilibatkan dalam 'mengcreate' prototaip mesin-mesin yang boleh digunakan untuk membersihkan Sungai Brunei tersebut.

 

“Sebenarnya banyak perkara yang boleh kitani laksanakan dalam satu-satu projek itu. Dari segi community service ini ada sudah aktanya 'related to community services offenders' tapi 'ministers' yang 'responsible' ialah Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Mahkamah yang menjatuhi hukuman untuk melaksanakan 'community services' ini," tambah Yang Berhormat.

 

Mengenai Bandarku Ceria, sebagaimana kita sedia maklum objektifnya adalah untuk memberikan kepada pengusaha-pengusaha kitani. Kalau kitani lihat setiap minggu banyak sudah khemah-khemah didirikan untuk mereka berniaga dan hasil-hasil itu memang 100 peratus mereka simpan.

 

Seterusnya, berkenaan dengan Kianggeh Food Court (KFC), Yang Berhormat seterusnya menjelaskan bahawa Jabatan Bandaran bekerjasama dengan pihak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) juga di kawasan tengah-tengah Kompleks YSHHB itu memang ada 'push cart'nya yang sudah dipasang.

 

Untuk memeriahkan lagi kawasan dermaga itu, menurut Yang Berhormat perancangan sudah ada untuk mempelawa belia kitani yang mahu berniaga dan juga ada tempat duduk makan-makan di sana bagi memeriahkan lagi kawasan berkenaan.

 

“Mungkin 'for the start' memang ada 'certain areas' yang diisikan jadi kalau ada sambutannya tertentu akan dilaratkan nanti di sepanjang dermaga itu. Kalau kitani lihat di luar negeri memang kawasan-kawasan tepi sungai inilah jadi tarikan pelancong dan juga tarikan untuk orang kitani berkumpul bersama keluarga dan dua bangunan yang dimiliki oleh Jabatan Bandaran berdekatan dengan Energy Hub itu pun sudah diterokai untuk diisikan oleh belia kitani untuk memastikan mereka ada 'chances' untuk berniaga dan mungkin untuk 1 Kampung 1 Produk (1K1P), mungkin 'souvenirs' itulah menjadi tarikan  pelancong nanti.

 

“Dari segi preservation bangunan-bangunan lama pula memang kalau kita lihat di kawasan Bandar Seri Begawan banyak bangunan lama, sebagai contoh Bangunan Sekretariat pada masa ini, Radio Televisyen Brunei (RTB) mendiami Bangunan Sekretariat itu dan dipreserve dari segi keaslian bangunannya itu.

 

“Mungkin Bahagian Pelancongan pun ada perancangannya tersendiri dari segi bangunan-bangunan yang difikirkan 'dipreserve' ia punya bentuk asalnya dari dahulu itu.

 

“Peraturan 'facelift' ini memang ada cadangan ataupun memang kementerian sudah menduduki untuk memastikan pemilik-pemilik bangunan di kawasan bandaran ini juga memastikan bangunan-bangunan yang mereka miliki itu 'diusai' sebagai contoh, ini usaha Jabatan Bandaran juga dengan mengecat-mengecat sahaja di kawasan bandar itu untuk memastikan supaya tidak nampak suram, nampak lebih ceria. Itu untuk mengecat-mengecat dari segi colourful tapi untuk mem'preserve the building' itu memang satu cadangan yang baik," terang Yang Berhormat.

 

Dalam hal ini, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK)  dan Jabatan Buruh berkenaan dengan 'long-term pass' ini sebenarnya diberikan pada masa ini kepada mereka yang ada kaitan kekeluargaan sebagai contoh, mama mertuanya berkahwin dengan orang luar.

 

“Sebagaimana yang disuarakan oleh Yang Berhormat itu untuk dilaratkan pemberian long-term pass ini kepada pelabur ini sudah pun ditunduki oleh kementerian dan JIPK hanya 'we need to set' juga sebagaimana disuarakan oleh Yang Berhormat tadi jangan disalahgunakan saja.

 

“Ada kriterianya nanti untuk membolehkan pelabur dan peniaga-peniaga yang kitani fikirkan dapat menyumbang kepada ekonomi Negara Brunei Darussalam (NBD) ini dapat juga diberikan 'long-term pass' ini dan juga multiple entry visanya.

 

“Jadi when comes to mereka tinggal di NBD mereka membawa keluarga mereka pun boleh memiliki certain property di NBD ini yang boleh menyumbang kepada ekonomi memang itu hasrat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan JIPK untuk membantu mempelbagaikan ekonomi di NBD ini," ujar Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48