FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pastikan Penilaian Diteliti Agar Tidak Kontradik Dengan Dasar


 


 March 10th, 2023  |  10:43 AM  |   107 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam menjawab berkenaan dengan pelabur-pelabur atau pemilik-pemilik syarikat apabila tiba masanya berumur mengikut umur mereka diarahkan balik ke negara asalnya walaupun sudah lama tinggal di Brunei ataupun melabur di Negara Brunei Darussalam (NBD),  Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman menjelaskan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Buruh ada menyediakan satu dasar di mana dasar tersebut adalah mengikut kategori jawatan, had umur dan juga jawatan-jawatannya. Melalui dasar ini tidak langsung dapat memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

 

“Berdasarkan pada penerangan ataupun persoalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusof sama ada diberikan Penduduk Tetap ataupun long term pass.

 

“Memang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan masa ini menilai dari segi kesesuaian untuk memberikan 'long term pass' kepada mereka ini untuk mereka berada di NBD dan meneruskan peniagaan mereka. Jadi, ini untuk tidak kontradik dengan dasar-dasar yang diperkenalkan," jelas Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof berhubung sungutan dan kegelisahan para pelabur dan para peniaga dan pengusaha terutama sekali yang telah sekian lama tinggal di NBD ini yang mana ada yang tinggal lebih 20 tahun.

 

Menurut Yang Berhormat, lagipun dalam kategori Penduduk Tetap bagi kategori penyumbang memang ada sudah untuk dilaksanakan dan ada perkara-perkara yang memerlukan penelitian dan dalam masa terdekat ini syarat-syarat berkenaan dengan kategori penyumbang ini akan di'finalise'.

 

“Itu sahaja kaola dapat terangkan kepada mereka yang berkenaan. Jadi kalautah sekiranya mereka diarahkan keluar, memang sebelum diarahkan keluar ada satu Jawatankuasa atau satu agensi di Kementerian Kewangan dan Ekonomi (IBE) di mana-mana pemilik syarikat mengikut had-had umurnya di'refer' kepada IBE sama ada ia di teruskan untuk diberikan pas imigresen mereka ataupun sebaliknya.

 

“Berdasarkan kepada sokongan IBE itulah tindakan dari Jabatan Buruh untuk melaksanakan dasar-dasar itu, saranan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof berkenaan dengan Penduduk Tetap kepada kategori penyumbang atau 'long term pass' akan diteliti oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan akan dikongsikan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain," kata Yang Berhormat pada hari keenam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, petang tadi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48