FacebookInstagramTwitterContact

 

Boy Finds ‘Holy Grail’ Lego Octopus On Beach 26 Years After It Fell Into Sea           >>           Well, It's Always Nice To Check Out These Enchanted Secrets           >>           All The Celebrity Godparents You Didn't Know About           >>           Boeing's Starliner Spacecraft Will Not Fly Private Missions Yet, Officials Say           >>           Drake deletes AI-generated Tupac track after Shakur’s estate threatened to sue           >>           The FTC accuses Amazon of using Signal’s auto-deleting messages to erase evidence           >>           Some Apple users say they’ve been mysteriously locked out of their accounts           >>           Oil Tanker Damaged In Houthi Missile Strike           >>           Tourist Fined For Approaching Walrus In Norway           >>           Trump Hush-Money Trial: His Mood And The Unveiling Of DA's Case           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sentiasa Memastikan Perkhidmatan Pelanggan Dikemas Kini


 


 March 10th, 2023  |  10:40 AM  |   78 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Berkenaan dengan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan khususnya dalam menangani perkhidmatan pelanggan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman mengambil maklum mengenai isu yang berlaku pada bulan Disember 2022 di mana orang awam beratur dari jam 3.00 pagi untuk mendapatkan nombor perkhidmatan.

 

Yang Berhormat menjelaskan, usaha-usaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan kini adalah untuk menambah kaunter-kaunter dan menambah pegawai-pegawai yang bertugas seperti kaunter-kaunter perkhidmatan bagi Bahagian Kad Pengenalan dilaratkan di dewan-dewan sebagai contoh di Dewan Lela Cheteria, di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Bagi Kad Pengenalan Hijau di Dewan Bandaran dan juga Dewan Santap, Pejabat Daerah.

 

“Untuk memastikan mereka yang ber'queue' ataupun jumlah yang akan juga dilayan boleh ditambah 'feedback' orang ramai pun amat menggalakkan juga. Bahagian Passport ini the reason kenapa ia satu masa 'border' dibuka jadi orang ramai start datang untuk membuat passport. Isu yang timbul selalunya masa itu ialah 'printer' hanya berjalan satu sahaja.

 

“Jadi tindakan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan adalah untuk melantik satu syarikat membuat 'maintenance'. 'Printer' itu sehingga 3 buah 'printer' dapat dilaksanakan. 'Shift' pegawai yang bekerja pun ditambah kepada tiga shift. Ertinya bekerja dari pukul 7.45 pagi. Ada yang bekerja sehingga 12 tengah malam untuk menyiapkan passport-passport ini," jelas Yang Berhormat ketika menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN),Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof mengenai strategi-strategi atau inisiatif-inisiatif Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri atau Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan untuk mengemas kini dan menambah baik perkhidmatan-perkhidmatan kepada orang ramai supaya efektif, efisien dan juga berkualiti dalam suasana persekitaran yang lebih 'friendly' dan kondusif bagi menghindarkan kejadian yang berlaku pada masa yang lalu.

 

Menurut Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, buat masa ini Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) pun telah dapat dipenuhi sebagaimana yang dijanjikan.

 

Tiga buah pencetak pasport baharu pada masa ini sedang dalam 'testing stage' yang mana pencetak tersebut akan menggantikan pencetak lama yang mana dari segi keupayaan, ia mampu menggandakan jumlah pencetakan dari sebelum ini.

 

“Jadi penambahan pegawai salah satu daripadanya penambahan 'shift duty' bekerja pun adalah salah satu daripadanya. Dan juga kerjasama daripada orang ramai ini amat penting memahami akan tugas dan tanggungjawab Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan 'especially'  Bahagian Kad Pengenalan dan Bahagian Passport.

 

“Dan juga membuka kaunter perkhidmatan ini dibuka daripada pukul 7.30 pagi hingga pukul 7.00 malam. Feedback yang kaola terima, memang orang ramai berterima kasih juga atas membuka especially orang yang bekerja, balik kerja daripada 4.30 petang mereka datang ke ofis untuk membuat passport rather than tengah hari untuk membuat passport. Itulah usaha-usaha jabatan, dan pada masa ini juga di daerah-daerah masih lagi dikekalkan," jelas Yang Berhormat pada hari keenam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, petang tadi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48