FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pegawai Daerah Hendaklah Menetap Di Daerah Mereka Ditugaskan


 


 March 10th, 2023  |  10:31 AM  |   107 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman semasa menjawab cadangan yang diajukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin berkenaan District Officer (DO) atau Pegawai Daerah menjelaskan, memang dalam 'job description' pegawai-pegawai daerah ini, mereka dikehendaki untuk tinggal di daerah di mana mereka ditugaskan.

 

Pada masa ini jelas Yang Berhormat, kementerian dan Jabatan-jabatan Daerah sedang menguruskan penyediaan logistik bagi membolehkan pegawai-pegawai daerah ini untuk menetap di daerah di mana mereka ditugaskan.

 

“InsyaaAllah, pegawai-pegawai daerah yang dilantik akan tinggal di daerah di mana mereka ditugaskan dalam masa terdekat ini.

 

“Ini adalah salah satu KPI atau pun sebagaimana yang terkandung dalam 'job description' pegawai-pegawai daerah ini," ujar Yang Berhormat pada hari keenam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, petang tadi.

 

Yang Berhormat juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman dalam memeduli kemaslahatan penduduk di daerah-daerah yang terlibat, untuk memastikan pegawai-pegawai daerah tinggal di daerah di mana mereka ditempatkan ataupun ditugaskan.

 

Terlebih dahulu, Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman berpendapat bahawa DO dan seluruh warga Ketua-ketua Jabatan Daerah yang dilantik dan ditugaskan di tempat-tempat daerah perlulah bermastautin di tempat di mana mereka ditugaskan, sebab masalah rakyat dan hal sebenar dalam daerah tidak dapat dilihat ketika mereka di dalam ofis atau waktu bekerja sahaja.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48