FacebookInstagramTwitterContact

 

Woman Scammed Out Of £2,000 By Online Seller’s Cruel Iphone Trick           >>           Two People Charged After ‘Dine And Dash Spree’ Across Multiple Restaurants           >>           4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Beri Peluang Pekerjaan Kepada Anak Tempatan


 


 March 10th, 2023  |  10:30 AM  |   75 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Berkenaan dengan warga asing, pada bulan November 2022, Jabatan Buruh telah mengadakan Banci Majikan dan Pekerja.

 

Daripada sejumlah 60,293 orang pekerja asing di negara ini, itulah yang 'valid' yang ada dalam rekod Jabatan Buruh yang dikeluarkan pas-pas mereka untuk sama ada bekerja dalam sektor pembinaan.

 

Demikian dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman pada hari keenam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, petang tadi, bagi menjawab cadangan yang telah diusulkan oleh Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.

 

Kalau dalam sektor pembinaan ini, terang Yang Berhormat, seramai 16,444 orang diikuti dengan sektor perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan sebanyak 12,191 orang dan sektor aktiviti penyediaan tempat tinggal dan perkhidmatan permakanan, iaitu seramai 8,386 orang.

 

“Kalau kita pecahkan lagi perangkaan ini dari segi umur pula, majoriti pekerja asing adalah di antara 30 ke 40 tahun, iaitu seramai 30,612 orang.

 

“Manakala, dari segi pendidikan seramai 50,643 orang adalah berpendidikan dari peringkat menengah, teknikal, vokasional ke bawah. Kalau kita lihat perangkaannya ini masa perbincangan berkenaan dengan MPEC, Wawasan, 'unemployment', inilah sebenarnya ada ruang untuk anak-anak tempatan mengisi," ujar Yang Berhormat.

 

Persoalannya adakah mereka mahu tegas Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, yang mana itu kita akan lihat dari segi 'upskilling' mereka nanti.

 

Daripada jumlah 60,293 orang ini tambah Yang Berhormat lagi, tiga negara yang tertinggi, iaitu Indonesia; Bangladesh; dan Filipina dan kita ambil maklum tiga negeri ini memang juga membantu kita dalam dari segi 'construction' dan dari segi hospitality.

 

Dalam usaha memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan ini, Yang Berhormat seterusnya menjelaskan Jabatan Buruh telah bekerjasama dengan JobCentre Brunei (JCB) sebagaimana yang kaola terangkan juga dalam mukadimah bahawa pengesahan perlu didapati dari JCB untuk memastikan sebelum lesen pekerja asing ini dibenarkan oleh Jabatan Buruh untuk mengawal kemasukan pekerja asing khususnya bagi jawatan-jawatan yang dikenal pasti berpotensi untuk diisikan oleh anak-anak tempatan.

 

Selain itu juga terang Yang Berhormat lagi, Jabatan Buruh juga bekerjasama dengan Manpower Planning and Employment Council dalam merangka dan melaksanakan dasar-dasar yang berkaitan dengan perburuhan di negara ini.

 

Sementara berkenaan dengan saranan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman berkenaan 'levy', Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri memaklumkan bahawa ia memang sudah dibincangkan dengan pihak-pihak kementerian atau kementerian-kementerian yang tertentu.

 

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman telah mencadangkan dengan 'levy' yang dinaikkan 'levy'nya setiap sekali diperbaharui, ia akan sendirinya menjadi ganjaran atau insentif untuk syarikat berusaha mencari penggantinya daripada anak tempatan yang sudah dilatih dari pusat pembangunan dan mengambil anak muda yang sudah dilatih dari Pusat Pembangunan Kemahiran.

 

“Ini akan mencapai tiga matlamat, iaitu membantu bisnes tempatan mendapatkan warga pekerja yang mahir dengan mengambil 'work permit' jika tidak ada orang Brunei yang mahu atau dapat mengerjakan kerja itu; mendapat dana untuk pembangunan kemahiran yang disumbangkan oleh bisnes dengan tidak mengganggu dana kerajaan; dan menggantikan work permit holder dengan warga tempatan yang mahir," ujar Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman pada awalnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48