FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Beri Ruang Berniaga Khusus Untuk Bumiputera, Anak Tempatan


 


 March 10th, 2023  |  10:28 AM  |   88 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Berkenaan dengan tempat berniaga anak-anak tempatan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman pada hari keenam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, petang tadi, menjelaskan, memang ia adalah khusus untuk bumiputera.

 

Kalau ada bukan bumiputera, ia bukannya disebabkan kurang pemantauan tetapi sebenarnya siapa yang membawa mereka itulah yang kitani 'check' dulu.

 

Yang Berhormat seterusnya memaklumkan, Pasarneka Seria sebagai contoh, yang lama sudah tidak digunakan memandangkan tidak ada sambutan oleh peniaga-peniaga disebabkan lokasi yang kurang strategik.

 

Maka tegas Yang Berhormat, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria sudah membuat pelbagai usaha untuk menarik lebih ramai peniaga untuk beroperasi dan berjaja di pasar berkenaan.

 

“Ini khusus untuk bumiputera jua. Sebagai contoh baru-baru ini, satu iklan telah dibukakan pada 7 hingga 21 Februari 2023, dan hanya lima sahaja yang berminat untuk mengisikan Pasar Aneka Seria itu.

 

“Untuk makluman, seramai 38 peniaga yang berjaja di Tamu Kampung Baru, Sungai Bera yang pada masa ini ditutup disebabkan oleh tempat tersebut tidak selamat untuk berniaga atas penilaian dari pihak Kementerian Kesihatan," jelas Yang Berhormat.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, semuanya menunjukkan minat untuk terus berniaga di Pasar Aneka tersebut juga usaha Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria jua akan dapat dilaksanakan.

 

Jika projek ini berjaya, hasrat seluruh Pejabat Bandaran kecuali Daerah Temburong, sebagai contoh kalau semua penamu ini diberikan peluang untuk berniaga tujuh hari dalam seminggu itu dapat diisikan sebagai contoh Isnin hingga Rabu di Pasar Aneka Seria; Khamis hingga Jumaat di Tamu Tutong; manakala Sabtu dan Ahad di Tamu Tudung Saji Kuala Belait.

 

Yang Berhormat juga menjelaskan sebenarnya penamu-penamu ini walaupun ia berniaga di Tutong, mereka juga berniaga di Belait dan Seria untuk menjual barangan mereka.

 

Berkenaan dengan Kedai Bumiputera Kuala Belait dan Seria, Yang Berhormat menyatakan sebenarnya kontrak penyewaan di tingkat dua itu baru jua tamat dengan Syarikat Brunei Shell jadi, masa ini Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria akan membukakan tawaran kepada peniaga-peniaga yang berminat yang terdiri daripada bumiputera sahaja dan lantai bawah dan tingkat satu pada masa ini masih beroperasi dan diisikan oleh peniaga-peniaga bumiputera, itu di bawah kawalan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.

 

Tambah Yang Berhormat, mana-mana kedai-kedai kosong yang lain yang 'commercial entity' itu bukan di bawah bidang Lembaga Bandaran.

 

Terlebih dahulu, cadangan tersebut telah dibuat oleh Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin yang menyentuh mengenai pemantauan tempat berniaga yang khusus untuk bumiputera anak tempatan yang mana biar diusahakan oleh bumiputera dan anak tempatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48