FacebookInstagramTwitterContact

 

NASA's Mission To An Ice-Covered Moon Will Contain A Message Between Water Worlds           >>           An Ipad Version Of The Delta Game Emulator Is Officially On The Way           >>           Smart Gadgets: Tougher Rules For Sellers Of Internet-Enabled Devices In The UK           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project           >>           Artwork Exhibition           >>           Launching of 'Al-Imam' Film           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, PENJURU           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Belait Da'wah Unit Office           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, ASTERAWANI           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kertas Putih Pertahanan 2021 Tingkat Keberkesanan, Keupayaan ABDB


 


 March 9th, 2023  |  10:00 AM  |   204 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Keutamaan-keutamaan yang menjadi asas kepada keberkesanan pentadbiran dan urus tadbir setiap kementerian dengan peruntukan yang telah disediakan dengan mengambil kira keadaan ekonomi negara, persekitaran keselamatan serantau dan global serta perkembangan semasa selaras dengan wawasan negara iaitu Wawasan Brunei 2035.

 

Perubahan geopolitik, ancaman terhadap kedaulatan negara, krisis kerapuhan ekonomi, perubahan iklim, serta pengganasan dan ekstremisme dijangka akan terus membentuk dan mempengaruhi persekitaran keselamatan kita yang sebahagian besarnya akan bergantung kepada pelbagai faktor pemacu seperti globalisasi, pendigitalan, automasi dan migrasi.

 

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dalam mukadimah Yang Berhormat pada hari kelima Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, pagi tadi.

 

Terdahulu Yang Berhormat mewakili Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), pada mukadimahnya menjelaskan seluruh peringkat kepimpinan dan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas kurnia titah perkenan baginda memperkenankan sejumlah peruntukan kepada Kementerian Pertahanan dan Jabatan / Jabatanarah di bawahnya bagi tahun kewangan 2023 / 2024.

 

Peruntukan yang telah disediakan kepada Kementerian Pertahanan dan Jabatan / Jabatanarah di bawahnya ini jelas Yang Berhormat setentunya adalah amat dihargai dan InsyaaAllah penggunaannya nanti akan dilaksanakan secara berhemah dan berjimat cermat mengikut keutamaan.

 

Menyentuh mengenai dengan misi Kementerian Pertahanan pula, Yang Berhormat berkata misi Kementerian Pertahanan akan terus kekal, iaitu dalam mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah serta menegakkan falsafah negara, iaitu Melayu Islam Beraja.

 

Ke arah ini, ujar Yang Berhormat lagi  adalah penting bagi Kementerian Pertahanan dan ABDB khasnya untuk terus mengekalkan tahap keupayaan tempur dan kesiapsiagaan yang tinggi pada setiap masa serta mempamerkan imej pertahanan yang kredibel.

 

“Sebagai salah satu tunggak utama dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara, Kementerian Pertahanan dan ABDB akan terus komited dalam memastikan pertahanan negara terus kukuh dan bersiap sedia menangani apa jua bentuk ancaman, sama ada 'Traditional'' dan 'Non-Traditional' baik dari dalam mahupun dari luar negara serta memberikan keutamaan kepada usaha-usaha ke arah pemodenan dan penaiktarafan aset-aset keupayaan dan peningkatan kapasiti sumber tenaga manusia yang benar-benar profesional dan terlatih demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara tercinta, selaras dengan visinya 'A Formidable Armed Forces and A Reliable Partner'," ujar Yang Berhormat.

 

Tambah Yang Berhormat lagi, dengan pelancaran Kertas Putih Pertahanan 2021 dengan tema 'Defending the Nation's Sovereignty: A Secure and Resilient Future' pada 31 Mei 2021 yang lalu, perancangan yang komprehensif ke arah meningkatkan lagi keberkesanan dan keupayaan ABDB adalah lebih terarah melalui pengenalan landasan (platform) keupayaan yang baharu dengan menitikberatkan pengisian jurang keupayaan, kaedah 'jointre' dan juga pembangunan keupayaan berasaskan kepada Defence Lines of Developments (DLODs) serta pemanfaatan kepada teknologi dan inovasi moden yang meliputi semua Operating Domains.

 

Kertas Putih Pertahanan 2021 yang dilancarkan ini terang Yang Berhormat, juga memberi penekanan kepada tiga teras strategi pertahanan yang peramba / koala huraikan di dewan mulia ini di tempoh Musim Permesyuaratan MMN yang lalu, iaitu cegah rentang atau Deterrence; diplomasi pertahanan; dan pertahanan holistik.    

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48