FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BND1,014,060,440 Untuk MOFE


 


 March 9th, 2023  |  09:34 AM  |   91 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Peruntukan berjumlah BND1,014,060,440 secara keseluruhannya telah disokong dan diperuntukkan untuk Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) serta jabatan-jabatan di dalamnya bagi Tahun Kewangan 2023/2024.

 

Manakala, sejumlah BND215,022,350 adalah untuk membiayai keperluan MOFE serta empat buah jabatan di bawahnya.

 

Sejumlah BND799,038,090 adalah disediakan di bawah tajuk SD09A, iaitu Perkhidmatan Rampaian, untuk membiayai keperluan-keperluan guna sama bagi kesemua kementerian dan jabatan.

 

Perkara itu digariskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah semasa menyampaikan ucapan mukadimah anggaran belanjawan Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan jabatan-jabatan di dalamnya bagi Tahun Kewangan 2023/2024 pada hari kelima Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bertempat di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, petang tadi.

 

Di bawah Kategori Gaji Kakitangan tambah Yang Berhormat, peruntukan bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta empat buah Jabatan di bawahnya telah disediakan sebanyak BND61,848,370, antaranya bagi membiayai pembayaran Gaji, Bonus, Elaun- Elaun serta Caruman TAP, SCP dan SPK bagi 2,126 jawatan yang telah disediakan.

 

Seterusnya Perbelanjaan Berulang-Ulang pula, sejumlah BND153,173,980 disediakan untuk membiayai keperluan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta empat buah Jabatan di bawahnya. Manakala di bawah tajuk Perkhidmatan Rampaian, sejumlah BND780,855,940 telah disediakan.

 

“Di bawah Kategori Perbelanjaan Berulang-Ulang ini, kaola akan mengongsikan keterangan di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta empat buah Jabatan di bawahnya terlebih dahulu," jelas Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat kemudian menerangkan, sejumlah BND9.5 juta disediakan bagi Pemeliharaan Aset untuk membiayai kerja-kerja pembaikan dan pemeliharaan ke atas aset-aset, peralatan dan kelengkapan di bawah  Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

 

Sementara itu, Sejumlah BND2.86 juta disediakan bagi Perbelanjaan Operasi antaranya untuk membiayai perbelanjaan-perbelanjaan di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan jabatan-jabatan di bawahnya seperti Pembelian pakaian uniform dan aksesori tahunan bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

 

Manakala sejumlah BND1.17 juta di bawah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik jelas Yang Berhormat, adalah bagi melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan, Banci Tahunan Perusahaan/Perniagaan, Kajian Perbelanjaan Keluarga, Kajian Tenaga Kerja dan Kajian Suku Tahunan Perusahaan.

 

Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II seterusnya menerangkan, sejumlah BND28.6 juta disediakan bagi Teknologi Maklumat antara lain untuk membiayai Annual MOFE Consolidated Maintenance and Support for 6 systems berjumlah BND16.18 juta dan Pembayaran lesen TAFIS Maintenance and Support including e-Invoice Symantec & Microsoft License berjumlah BND4.27 juta.

 

“Sepertimana yang telah kaola sampaikan sebentar tadi, peruntukan di bawah tajuk SD09A - Perkhidmatan Rampaian adalah disediakan untuk membiayai perbelanjaan guna sama bagi kesemua kementerian dan jabatan yang memerlukannya," jelas Yang Berhormat.

 

Ini adalah termasuk sejumlah BND6.9 Juta disediakan bagi Perbelanjaan Operasi termasuk BND3.02 juta untuk membiayai penyewaan mesin 'photocopy', untuk dikendalikan semula oleh Jabatan Perbendaharaan bagi semua kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan, untuk memudahkan pemantauan dan pengawalan, agar peruntukan dan tenaga manusia dapat digunakan secara optima.

 

Yang Berhormat kemudian menyatakan Perbelanjaan Pendidikan disediakan keseluruhannya sejumlah BND28.7 juta antaranya bagi pemberian Elaun Pelajaran yang diberikan sebagai kemudahan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan termasuk Elaun Pelajaran Sekolah Khas Swasta bagi kanak-kanak berkeperluan khas sebanyak BND1.9 juta.

 

Sementara itu, sejumlah BND216.5 juta disediakan untuk perbelanjaan Miscellaneous bagi membiayai perbelanjaan-perbelanjaan antara lain seperti mengubahsuai Asrama Perempuan di bawah Projek Pengubahsuaian dan Pembaikan Menyeluruh Bangunan Brunei Hall sejumlah BND3.34 juta dengan Harga Rancangan sebanyak GBP19.51 juta.

 

Ini termasuk pembaikan dan penggantian Sistem Penghawa Dingin dan Chiller kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan sejumlah BND10 juta.

 

Bagi membiayai kos-kos pemeliharaan di bawah kementerian-kementerian termasuk tambah Yang Berhormat, adalah Membiayai Implementation Services bagi Sistem Pengurusan Elektronik Dokumen dan Kes sebanyak BND538 ribu dengan Harga Rancangan sebanyak BND2.9 juta.

 

Ini juga meliputi Penggantian dan menaik taraf peralatan dan bangunan di Pusat Persidangan Antarabangsa sejumlah BND630 ribu  dan projek membaik pulih dan menaik taraf masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh Negara bagi 31 buah masjid sebanyak BND2 juta dengan Harga Rancangan sebanyak BND7.53 juta.

 

Di bawah akaun Fokus Perbelanjaan disediakan keseluruhannya sejumlah BND66.45 juta, antaranya jelas Yang Berhormat, adalah bagi membiayai kos pelaksanaan platform baru SAP di bawah projek TAFIS 2.0 sejumlah BND11.88 juta.

 

Seterusnya, Yang Berhormat menerangkan mengenai perbelanjaan untuk Menangani Wabak Penyakit Berjangkit disediakan peruntukannya sejumlah BND50 juta untuk membiayai keperluan dalam menangani wabak.

 

Manakala, perbelanjaan untuk Menangani Bencana Alam disediakan peruntukan sebanyak BND25 juta, antara lainnya bagi membiayai kerja-kerja menaikkan paras jalan raya di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir berjumlah BND10 juta dengan Harga Rancangan sebanyak BND18.8 juta.

 

Di bawah kategori Perbelanjaan Kemajuan jelas Yang Berhormat, sejumlah BND8.91 juta dengan Harga Rancangan berjumlah BND264.09 juta adalah diperuntukkan antara lainnya untuk membiayai Projek Penubuhan Bursa Saham Negara Brunei Darussalam; Projek Pembangunan Kluster (Makroekonomi); Projek  Pembangunan Teluk Brunei (Pulau Muara Besar); dan Platform Perkhidmatan Perniagaan Nasional.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30